Breaking News

DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Akan datang drama terbaru di Slot Samarinda TV3 bertajuk 'Patahnya Sebelah Sayap'. Antara pelakon yang membintangi  Aeril Zafrel sebagai Khuzairi, Izzue Islam sebagai Amzar  dan Ummi Nazeera sebagai Alisha.

SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP


Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.


DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP, sinopsis DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP, barisan pelaon DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP, ost DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP, download DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP, tonton DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP, lirik lagu hancur aku, estranged feat fazura hancur aku,

Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...