Apakah itu FIDYAH?

 📌 𝗔𝗣𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗙𝗜𝗗𝗬𝗔𝗛?

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.


Antara golongan yang wajib membayar fidyah :


1️⃣ Orang tua uzur dan pesakit yang tiada harapan sembuh. Golongan ini tidak wajib untuk

qadha puasa.


2️⃣ Orang yang telah meninggal dunia. Waris perlu menguruskan bayaran fidyah sebelum

pembahagian harta pusaka dibuat.


3️⃣ Orang yang melewatkan qadha’ puasa sehingga tiba bulan Ramadhan seterusnya.

Perempuan mengandung atau menyusukan anak dan khuatir akan keselamatan

anaknya.


*Boleh rujuk infografik daripada JAKIM tentang keadaan / situasi yang mewajibkan seseorang membayar fidyah.


📌 𝗞𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗙𝗜𝗗𝗬𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜-𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 


Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat, sebagai contoh kadar fidyah di Selangor adalah RM1.80 untuk setiap hari puasa yang wajib digantikan.


Kadar fidyah adalah berbeza setiap negeri.


📌 𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗜𝗥𝗔 𝗙𝗜𝗗𝗬𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 & 𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔𝗔𝗡

Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak.


Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat.


Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.


Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah :


(( Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar))


📌 𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔𝗔𝗡 𝗙𝗜𝗗𝗬𝗔𝗛

Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.


Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2015 (1436 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2016 (1437 H) sehingga 2021 (1442 H).


Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:


Tahun pertama 1436 H hingga 1437 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya.


(( Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar))


📌 𝗔𝗣𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗟𝗨𝗣𝗔 𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔?


Mungkin ramai juga yang lupa nak catat berapa hari dah tinggal puasa setakat ni.


Jadi, apa nak buat?


Menurut page Mufti Wilayah, sekiranya tidak pasti atau tidak ingat bilangan hari yang telah ditinggalkan, buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) yang paling kuat dan Ahwat (lebih berhati-hati). 


Misalnya : Dia tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tapi dia rasa tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang diyakini (pasti) dan lebih berhati-hati. Begitulah juga halnya dengan fidyah bagi bulan-bulan Ramadhan yang telah dilangkau.

#ramadhan2022

Apakah itu fidyah


Post Navi

Catat Ulasan

1 Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...