Breaking News

RESEPI AYAM GORENG TUHAU SABAH

RESEPI AYAM GORENG TUHAU SABAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

RESEPI AYAM GORENG TUHAU SABAH || Kali ini KG kongsikan satu resepi dari Sabah. Tuhau adalah salahsatu makanan terkenal di Sabah. Biasanya tuhau dijadikan sayur, tapi kali ini dijadikan pes campuran untuk menggoreng ayam. Rasanya seperti sedap. Ok, mari kita lihat apakah cara-caranya untuk menyediakan ayam goreng tuhau ini.

Inilah rupa tuhau sebelum dibuka kulit. Cuma isi muda yang diambil kemudian dipotong-potong pendek seperti dalam gambar.

Tuhau yang telah dipotong ditumbuk hingga hancur dan kemudian letak cili padi dan tumbuk lagi. (Jumlah cili padi bergantung pasa anda..suka pedas boleh letak lebih)

Tuhau dan lada yang sudah bercampur ditambahkan jus limau kasturi. Jika ayam anda banyak maka jus kasturi tu kenalah banyak juga. Gaul tuhau tersebut dengan ayam dan perap semalaman.

Sediakan tepung gandum,tepung beras,tepung kanji. (boleh juga gunakan sejenis tepung saja)Untuk perasa korang boleh pilih samada hendak gunakan kiub ayam/secukup rasa maggi/garam dan ajinomoto.(pilih aalahsatu jak tau).Kemudian gaul kesemua bahan kering tadi. Dan bolehlah disalutkan pada ayam yang sudah diperap semalaman.

Panaskan minyak. Kemudian boleh mulai menggoreng ayam yang sudah disalut tepung salam minyak panas. Tunggu hingga kekuningan dan boleh diangkat.

resepi ayam goreng tuhau sabah,tuhau,apa itu tuhau,nama saintifik tuhau, serunding tuhau,makanan disabah
Tadaaaa...beginilah hasilnya setelah siap dimasak. Ayam goreng kelihatan biasa tapi aromanya harum tuhau dan  limau kasturi. Rasanya juga pedas sedikit. Disebabkan itu pencipta resepi ini memberi nama Ayam Goreng Tuhau Sabah.


Apalagi...jomlah cuba resepi ini. Tapi KG tak tahu tempat korang ada tuhau atau tiada. Kalau ditempat KG memang banyak.Resepi ini merupakan resepi dari FB ROPUHAN TANAKWAGU. Semua gambar juga hasil dari tuan punya page tetapi KG sudah memohon keizinan untuk gunakan gambar resepi beliau unyuk disiarkan dalam blog ni. Okey selamat mencuba. Sekian.



1 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...