Breaking News

AWAS, TYPO!!

GARA-GARA TYPO...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

GARA-GARA TYPO...|| Seorang lelaki cedera teruk dibelasah isterinya.Berita ini sekali imbas KG rasa lucu pula, tapi kesian pun ada pada si lelaki. Yalah... dia nak taip " Rindu sayang " pada bininya tapi tertaip "Rindu dayang". Apa tak meradang si isteri. Tapi kan si isteri dia ni pun tanpa usul periksa belasah suami dia. Sebenarnya TYPO atau typing error ni berlaku di mana-mana saja. 

Kalau korang sertai mana-mana group whatsapp dan telegram tu, pasti jumpa kesilapan dalam ejaan. Typo. KG sendiri pun kerap juga typo...hahahah. Kadang kerana kecomelan jari, kadang juga kerana smartphone yang tengah ' kebingungan' pun menyebabkan typo. Kau taip lain, lain yang muncul perkataan dia. Perkataan yang lucu jadi lucah, kan. Macam juga perkataan SAYANG... typo jadi DAYANG. 

Jangan anggap typo ni hanya dimedia sosial saja. Media cetak pun kita boleh lihat kesilapan tersebut. Contoh yang KG ingat artikel pasal AIR SUAM jadi AIR SUAMI. Kita yang membaca pun tergelak. Kadangkala terhibur dengan typo kawan-kawan dalam group whatsapp. Secara tidak langsung menyebut semasa membaca dalam hati. Kalau ada ikon smiley ketawa bergolek-golek, KG bagi jer ikon tu tanda kelucuan sangat.

Okeylah... lepas ni kena berhati-hati la bila menaip. Walaupun terlepas pandang juga kadang-kadang.
gara-gara typo, apa itu typo, typing error, kesilapan dalam menaip

7 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...