Breaking News

RESEPI BISKUT ROSELLE

RESEPI BISKUT ROSELLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

RESEPI BISKUT ROSELLE  || Ribena kampung atau nama lainnya Roselle ini rupanya bukan setakat boleh buat air minuman atau jem saja. Boleh dibuat BISKUT juga rupanya. Okey la... resepi ini KG dapat dari ROPUHANDITANAKWAGU
kemudian KG  share di sini untuk rujukan sendiri di masa akan datang (entah bila agaknya akan datang tu yee...) Mana tau raya tahun ini biskut ni KG rajin buat. Korang pun boleh jer cuba.

Bahan-Bahan Biskut Roselle


50 gm roselle @ Ribena kampung
90 gm gula icing
180 gm Tepung gandum
90 gm margarine
1 biji kuning telur

Caranya:
1. Campurkan marjerin, gula icing, kuning telur dan roselle @ ribena kampung yang di cincang lumat dalam satu bekas. Gaul sebati. Masukkan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Canaikan dan buatlah bentuk yang korang suka.
2. Sediakan loyang dan kertas minyak. Susun biskut yang hendak dibakar. Bakar dalam suhu 160 darjah celsius selama 15 minit.
3. Bolehlah dihidangkan kalau sudah sejuk.



RESEPI BISKUT ROSELLE, bahan-bahan RESEPI BISKUT ROSELLE, roselle atau ribena kampung, biskut ribena kampung


2 ulasan:

  1. rajinnya KG buat biskut... sejak kawin akak tak pernah buat biskut... hukhuk... mesti sedap nie... yumyum

    BalasPadam
  2. nampak menariknya biskut nih ..... nampak sweet sgt.

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...