Breaking News

Bazaar Ramadhan 2020 Seluruh Negara Dibatalkan

Bazaar Ramadhan 2020 Dibatalkan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perintah Kawalan Pergerakan masuk hari ke-27 hari ini. Sedar tak sedar kita sudah hampir masuk ke bulan Ramadhan. Rasanya tinggal 11 hari saja lagi kan. Wahai teman-teman sekaum ahkak, korang sudah ganti puasa tahun lalu? kalau belum,masih sempat lagi tu.

Sebut tentang Bulan Ramadhan, pastinya kita semua terbayang Bazaar Ramadhan sana sini kan. Meriahnya bazaar di situ..di sana. Tiap tahun pun memang sentiasa meriah bazaar ramadhan.

Sedihnya tahun ini,  Bazaar Ramadhan 2020 Seluruh Negara di batalkan ekoran wabak COVID-19 ini. (sumber : Berita TV3). 

Nampaknya ramadhan tahun ini, semua orang kenalah buat sendiri juadah berbuka puasanya. Jangan risau, kerana semuanya dihujung jari saja. Carilah resepi digoogle. Pastinya pelbagai resepi yang korang akan jumpa.

Apapun, semua ini sudah tentu ada hikmahnya. Kita semua berdoalah agar kita dijauhkan dari wabak COVID-19 ini..



1 ulasan:

  1. Saya sudah habissss. Hehee.. Yeah, says setiap tahun memang beli buka kat bazar je.. kadang bukan makan apa sangat.. nak ayam percik seketul dua, murtabak.. tuh je.. hmm. This year takleh ikut tekak sangat.. makan apa ada Dan semampunya.. kan

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...