Breaking News

DRAMA JEJAK KARMILA

JEJAK KARMILA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

DRAMA JEJAK KARMILA  || Akan mengisi Slot Zehra di TV3 setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Murali Abdullah dan merupakan terbitan Zeel production Sdn.Bhd. Antara barisan Pelakon ialah Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Redza Rosli dan Nasha Aziz serta ramai lagi. Jom baca sinopsis drama Jejak Karmila

Sinopsis Jejak Karmila

 

Mengisahkan tentang penyatuan antara Suraya, Nonie dan Karmila. Pelbagai konflik yang menguji sejauh mana keimanan mereka dalam menghadapi ujian Allah SWT.

Kisah mengenai orang yang merana, tetapi yang hidup senang masih tidak mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan padanya. Kisah seorang adik yang cemburukan kakak sendiri hanya kerana seorang lelaki bernama Syed Haikal. Segalanya menjadi kacau bilau. Ketamakan Syed Haikal yang menginginkan kedua adik-beradik itu menambahkan segala konflik yang ada.

Konflik tidak berakhir di situ apabila perhubungan antara Syed Hamidi dan Karmila terbongkar.

Persoalannya siapa Karmila? Siapa wanita itu kepada gadis-gadis tadi? Dan siapa sebenarnya wanita itu dengan ayah mereka? 




DRAMA JEJAK KARMILA, sinopsis jejak karmila, ost drama jejak karmila

2 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...