Breaking News

HUKUM MAIN DUIT KUTU

HUKUM MAIN DUIT KUTU

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

HUKUM MAIN DUIT KUTU
| Adalah HARAM jika... Sila baca di Bawah ya. KG buat entri ini, sebab KG sedang main kutu. (bukan kutu yang hisap darah tu tau) Dalam group (whatsapp)kutu KG, ada rakan yang hantar info ni, jadi KG copy ke blog ni. Selama ini join main kutu, KG tidak tahu langsung dengan hukumnya. Tapi dengan info ni, maka tahulah sudah. Apapun, korang boleh masuk ke pautan yang KG sertakan di entri ini ya. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua ya. Yang sudah tahu tu, syukurlah.


link video ada di bawah

Kuliah Ustaz Azhar Idrus
14/1/2017
Masjid Daerah Seberang Prai Tengah

Soalan :

Apakah hukum main duit kutu?

HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kepada kawan-kawan.

Sekiranya kita  penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :

"Saya berhutang kepada awak semua"

Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :

"Saya bayar hutang awak"

Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:

"Saya terima hutang awak semua kpd saya"

Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.

**Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM.

Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas??

Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. Wallahua'lam.

**Untuk pencerahan, boleh klik link video di bawah ni:



HUKUM MAIN DUIT KUTU, main kutu, hukum main hui, hukum main tarik-tarikan

Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...