Breaking News

DOAKAN BAPA SAYA YA

DOAKAN BAPA SAYA


Assalamualaikum dan salam sejahteta,

Lama rasanya KG tidak kemaskini blog ni.Sudahlah mwmang sikit pengunjung, ditambah dengan tidak dikemaskini haaa makinlah tiada pengunjung. Sebenarnya mood berbelog sudah hilang, ntah kenapa. Oh ya, saat ini KG sedang menjaga bapa KG yang sakit di Hispotal Queen Elizabeth I,Kota Kinabalu. Sesak nafas.Masih berada di HDW (High Dependency Ward). Berganti-ganti dengan adik-beradik untuk menunggu.

Malam ni KG punya turn. Tidur lah atas kerusi besi berselimutkan tuala dan baju tebal serta berbantalkan beg kain. Ramai juga orang yang tidur di sini. Sakit pinggang,sejuk,nyamuk jadi peneman. Apapun KG berharap semoga bapa kembali sembuh seperti biasa dapat pulang rumah jumpa dengan cucu-cucunya yang setia menanti. 

Terusik juga hati KG sesekali melihat keadaan bapa. Hendak menahan bau hospital ni lagi, membuatkan KG muntah berkali-kali. Badan pun lemas jadinya.Adoiiii la.... tapi terpaksa tahankan saja untuk menunggu bapa.Semoga Allah SWT memberikan kekuatan serta kesembuhan buat bapa.

Sekian.


7 ulasan:

  1. moga bapa KG diberikan kesihatan yang baik..moga cepat sembuh ye

    ~ Kisahsidairy~

    BalasPadam
  2. semoga ayh KG cepat sembuh. keep strong ya KG

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. ALLAHUMMA RABBANNAASI ADZHIBIL BA'SA WASY FIHU. WA ANTAS SYAAFI, LAA SYIFAA-A ILLA SYIFAAUKA, SYIFAA-AN LAA YUGHAADIRU SAQOMAA

    Semoga bapa KG cepat sembuh.. aamiin ya rabb..

    BalasPadam
  5. Semoga Allah lindungi dan berikan kesembuhan pada ayah KG ye.

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...