Breaking News

ADA APA DENGAN BLOG

ADA APA DENGAN BLOG


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

ADA APA DENGAN BLOG||Yang pasti ada sesuatu keistimewaan yang hanya seorang bloger saja tahu. Seperti rakan-rakan blogger lain yang ada sejarah bagaimana bermulanya berblog, begitu juga KG. Hobi KG dulu suka layar internet, kumpul kata-kata hikmah, baca novel online dan masuk dari satu blog ke satu blog. Masa tu KG baca pelbagai blog, ada yang berkisar anak-anak, keluarga, resepi, drama, travel dan banyak lagi. Bila sudah kerap membaca blog orang KG terpangil untuk buat blog sendiri dengan ilmu yang memang zero. Betul.. KG bukan ada ilmu tentang menaip, guna komputer, apalagi pasal berblog. masa tu nak google tutorial buat blog pun tak tahu lagi. Bermula dengan blog mychintahati.blogspot.com kepada eryati.blogspot.com dan terkini setelah membeli domain sendiri menjadi www.kakgojes.com. Sekarang sudah banyak rujukan tutorial atau tips untuk membina sebuah blog

Sebenarnya KG sudah lama teringin ada domain sendiri tapi tangguh punya tangguh sehinggalah menjadi ahli keluarga AFB( Autofeed blog) yang dulunya EFG( Exchange feed group) barulah tercapai memiliki domain sendiri atas sokongan rakan-rakan. Kelebihannya beli domain ni KG terasa lebih berkeyakinan untuk berblog kerana sudah ada jenama blog tersendiri. Selain itu juga, pihak luar akan lebih tertarik untuk beriklan dengan blog kita.Sebut tentang iklan, sebenarnya berblog juga boleh memberikan kita pendapatan lebih dengan cara review produk, pengiklanan berbayar dalam bentuk banner atau blog post. Kalau dulu KG ingat berblog adalah untuk suka-suka tetapi sekarang berblog bukan lagi sekadar suka-suka tetapi merupakan salahsatu sumber pendapatan sampingan juga. 

Setelah melangkah setapak dengan ada domain sendiri, KG tertarik untuk berhosting. Yang mana tujuan hosting adalah untuk penyimpanan segala data seperti fail, entri,komen, gambar dan segala kandungan dalam blog KG. Apapun sebelum membeli hosting, KG ingin melihat senarai web hosting yang terbaik 2017 seperti review dari WHSR
Sebagai seorang blogger juga sebenarnya bukan semuanya sempurna. Kita kena pandai bahagi masa untuk keluarga, kerjaya dan blog. Tapi untuk yang tidak bekerja dan menjadikan blog sebagai kerjaya utama memang bertuahlah. Kau boss, kau juga kuli. Kerja pun ikut masa kau sendiri. KG akui memang KG melakukan macam-macam kesilapan dalam berblog ini. Pelbagai masalah yang akan dialami oleh seorang blogger . Kemalasan juga salahsatu masalah KG. Selain kebuntuan idea atau writing block la konon. Apapun sebenarnya dari diri kita sendiri samada mahu meneruskan perjalanan blog kita atau sebaliknya. Semakin kita banyak belajar dan mengkaji kelemahan blog, maka semakin meningkatlah prestasi penulisan kita di blog. Semangat KG untuk berblog pun semakin pulih setelah sekian lama. Selamat berblog untuk semua.


ada apa dengan blog, tips blogging,tutorial blogging,cara bina blog,tips mendapatkan wang dari blog,blog dapat menjana pendqpatan, menjana pendapatan dari blog, mari bina blog, pakej bina blog, blogspot dan wordpress,beza wordpress dan blogspot

10 ulasan:

  1. seronok dok dlm group AFB sbb dpt byk idea nak update blog.. tp kekadang tak terupdate juga..haha

    BalasPadam
  2. eh..nama blog kita dulu lebih kurang..saya guna chintahati gak..hehe..tapi skrg dah official www.fiezasani.xyz ;)

    BalasPadam
  3. Best bah ada blog.. macam-macam boleh tulis.. kan?

    BalasPadam
  4. Sy baru lgi dlm dunia blog ni sice 2013, byk benda lgi nak bljr..blog pun blm ada domain sndiri

    BalasPadam
  5. betul tu kakgojes, malas tu punca blog tak jalan. bukan tu ja. idea kering pun blog tak jalan. hehe.

    BalasPadam
  6. malas tu paling bahya.. sokong sgt.. moga terus maju jaya dalam blog kak gojes..

    BalasPadam
  7. Kak Gojes memang org dah familiar. Ada domain lagilah nampak hebat. Keep blogging, kena caranya pasti boleh tambah pendapatan sampingan.

    BalasPadam
  8. alhamdulilah, smoga blog yg kita buat memberi manfaat kpda org lain..

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...