Breaking News

BELUM REZEKI NAIK KAPAL LAGI

BELUM REZEKI NAIK KAPAL LAGI


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

BELUM REZEKI NAIK KAPAL LAGI || Kapal terbang ya...kapal di laut sudah pernah dinaiki. Sebenarnya ini kisah bulan April lagi tapi terpaksa tangguh punya tangguh KG TERcerita di penghujung bulan Mei. Perancangan awal KG memang hendak ke Tanah Melayu selain ingin berjalan-jalan, niat untuk bersua muka dengan blogger-blogger HEBAT dari AFB(AutoFeedBlog) dulu EFG(ExchangeFeedGroup). Walaupun sudah merancang dengan baik namun Dia Yang Maha Esa juga menentukan segalanya. Bercerita di sini bukan bermaksud KG belum dapat 'move on' lagi tapi sekadar pengisi blog.

Syukur disebalik tidak meneruskan niat untuk ke Tanah Melayu, KG luangkan masa untuk menemani mama menunggu bapa KG sedar. Lebih baik KG luangkan masa bersama orang tua terlebih dahulu daripada buang masa berjalan ditempat orang yang bila-bila boleh KG pergi kan. Insyallah jika diizinkan, akan tiba masanya. Berulang-alik dari Ranau ke Kota Kinabalu memanglah bukan jauh(2 jam juga kau duduk dalam teksi). Seminggu KG outstation atas urusan kerja di Kudat balik seminggu KG ambik cuti untuk ke hospital Queen Elizabeth. Kemudian masuk Kudat lagi sepuluh hari. Terasa rutin dalam bulan April hingga Mei memang memenatkan. Namun itu semua demi untuk orang tua KG.

Alhamdulillah... bila kerja di Kudat sudah selesai dan balik ke Ranau. Kemudian berehat dua hari baru KG menjenguk bapa di hospital. Saat yang menggembirakan bila hampir sebulan lebih tidak melihat bapa membuka mata, kini sudah ada peningkatan. Dan akan dipindahkan ke wad biasa!!! Itu memang perkhabaran yang baik. Tidak sampai seminggu rasanya, bapa dipindahkan ke hospital Papar. Dan... saat ini suara bapa KG sudah kembali, ingatannya juga sudah ok. Sudah pandai marah-marah...ahahah ni lah yang buat rindu bila bapa tidak sedar dulu. KG sempat menjaga semalaman saja pada puasa kedua. Lepas tu bertukar dengan kakak. 

Apapun KG bersyukur kerana bapa KG kembali sembuh.Biarpun tidak sekuat sebelum ini namun syukurlah kerana itu akan lebih menampakkan perhatian semua anak-anak bapa pada dia. Bagaimana dulu waktu kita kecil, bapa dan mama lah yang bersusah payah menjaga kita dan begitulah kita menjaga orang tua kita bila mereka sudah uzur dan tidak kuat. Tsk..tsk...sedih mengenangkan zaman bapa KG masih kuat dulu. Pernah memikul KG disaat KG demam panas dari hospital ke pekan Ranau dengan berjalan kaki. Satu hari nanti kita juga akan tua, dari kuat bertenaga jadi lemah. Semuanya jadi pengajaran untuk kita. Apapun KG utamakan orang tua KG dari keseronokan diri. 

Eh..apa cerita KG ni melalut? okey la, sekian dulu.

belum rezeki naik kapal, doa kesihatan bapa, utamakan orang tua kita, travel, blogger sabahan, jom travel, tiket murah, air asia offer tiket murah

4 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...