Breaking News

FILEM TOMBIRUO ADAPTASI NOVEL TOMBIRUO

FILEM TOMBIRUO ADAPTASI NOVEL TOMBIRUO

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

FILEM TOMBIRUO ADAPTASI NOVEL TOMBIRUO || Akan ke pawagam 12 Oktober 2017!! Kedengarannya seperti menarik cerita filem ini, apalagi bila teringat jalan cerita dalam novel Ramlee Awang Mursyid ini yang bertajuk Tombiruo. KG kalau baca mana-mana novel RAM, memang terasa berada didalam cerita tu juga. Hahahah..tidak tahulah kalau itu hanya KG yang rasakan dan orang lain tidak rasa macam tu. Penuh penghayatan kalau KG membaca. Tapi itu dulu, masa rajin membeli novel dan rajin membaca novel. Sekranag? Jangan haraplah dapat habiskan sebuah novel dalam sehari, sedangkan seminggu pun belum tentu habis membaca sebuah novel.

Oh ya, korang tahu apa maksud Tombiruo? Sebenarnya Tombiruo ini dari bahasa Dusun yang bermaksud 'hantu'. Tapi dalam filem ni ianya bukanlah hantu. Ianya hanya gelaran saja. Ala, macam kalau kita nampak sesuatu lembaga yang tidak jelas susuk tubuhnya (dalam gelap) mesti kita sangka ianya 'hantu' walhal kita tidak tahu sebenarnya itu adalah manusia tapi kita yang tidak nampak wajahnya. Pendek kata, penilaian kita terlalu cepat tanpa usul periksa. Okeylah, apapun kita sama-sama nantikan filem Tombiruo ini ditayangkan dan boleh nilai sendiri apakah lebih best cerita dalam novel atau yang sudah difilemkan.

Sinopsis Filem Tombiruo Penunggu Rimba


Filem Tombiruo mengisahkan penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan keningau. Dia bukanlah hantu tetapi wira tidak berwajah manusia yang berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya. Insiden hutan, rumah tempat tinggalnya diceroboh untuk dibangunkan projek empangan sehingga mengorbankan bapanya Pondoluo menyemarakkan dendam dalam hati pemuda ini yang nekad memburu mereka yang bertanggungjawab. Bermulalah pengembaraan Tombiruo yang membawa kepada satu dunia baru yang mengubah perspektif dan dimensi hidupnya.

Para pelakon yang terlibat dalam filem Tombiruo( Penunggu Rimba) ini adalah Zul Ariffin sebagai Tombiruo atau Ejim, Farid Kamil sebagai Amiruddin, Nabila Huda sebagai Wan Suraya, Faizal Hussein sebagai Pondoluo, Dato' M Nasir sebagai Tan Sri Berham, Datin Marlia Musa sebagai Bonda, Faye Kusairi sebagai Salina dan Dynas Mokhtar sebagai Baizura. Farah Ahmad, Hasnul Rahmat, Micheal Chen, Artu, R Azmi Ismail dan Muhammad Al-Rayyan juga terlibat dalam filem ini.

Selain Astro Shaw, filem ini juga diterbitkan hasil kerjasama dengan Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan (Syarikat milik Ramlee Awang Murshid). Nantikan update filem ini nanti.

- Filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang diadaptasikan dari novel tulisan Ramlee Awang Murshid ini juga mendapat sentuhan bersama pengarah Nasir Jani dan Seth Larney. Bakal mengegarkan sinema tempatan seluruh Malaysia pada 2017.


Gambar Pelakon Zul Ariffin dalam Filem Tombiruo

- Pengembaraan dilakukan sekitar Hulu Langat Selangor.




zul arriffin sado, filem tombiruo, ramlee awang murshid, ram,barisan pelakon filem tombiruo,maksud tombiruo,ost filem tombiruo,tonton filem tombiruo
Zul Ariffin di lokasi pengembaraan filem Tombiruo

Gambar Pelakon Filem Tembiruo [2017] 

farid kamil amirudin
Farid Kamil sebagai Amiruddin


juslan hasnul rahmat
Hasnul Rahmat sebagai Juslan


faizal hussein pondolou
Faizal Hussein sebagai Pondolou


4 ulasan:

  1. ooo, baru tau maksud tombiruo tu KG ....

    BalasPadam
  2. Ya Allah akan ade di pawagam ke? Kita ada koleksi buku ni. hasil penulisan Ramlee Awang MUrshid. Novel Tombiruo best sgt2.

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...