Breaking News

"PM SAYA JIKA BERMINAT" TIADA LAGI

"PM SAYA JIKA BERMINAT" TIADA LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

"PM SAYA JIKA BERMINAT" TIADA LAGI || Kata pihak KPDNKK. Korang perasan atau tidak frasa tersebut biasa kita lihat disetiap iklan yang ada gambar produk samada di instagram, facebook atau mana-mana media sosial lain yang ada buat pengiklanan produk. Tapi selalu ahkak nampak di facebook dan instagram la. "PM SAYA JIKA BERMINAT" "DONE PM" "PM SAYA". Ahkak ni pun suka membelibelah online juga, jadi pernah juga nampak iklan yang memaparkan produk dan detail produk dengan panjang lebar, ahkak scroll dan scroll tapi tak jumpa harga produk tersebut. Cuma yang ada "PM SAYA JIKA BERMINAT". Kadangkala kalau angin senggugut ahkak datang, terus tinggalkan saja iklan tu.  Tapi kalau angin dari laut china selatan datang, rajinlah ahkak taip "DONE PM". Tapikan...sesudah PM pun peniaga ni ada yang tak respond pun. Sehari..dua hari, berhari-hari, sampailah kau PM dia balik "korang nak jual produk ker tidak ni?" atau komen saja dibawah gambar produk "Suruh orang PM..tapi dah PM kau tak jawab..." Dijamin cepat dorang respond kalau komen macam ni.

Apabila KPDNKK sudah keluarkan kenyataan sebegini, perlukah ahkak sebagai seorang pengguna  rasa BAHAGIA? Sebabnya, kalau sebelum ini biarpun ramai peniaga yang menyokong untuk letakkan harga secara terang tapi masih ramai juga yang tidak menyokong harga diletakkan. Alasannya "itu periuk nasi kami..hak kami untuk tidak letakkan harga secara terang kerana strategi pemasaran..bla..bla..bla.." Ini adalah jawapan yang pernah ahkak terima dari seorang peniaga suatu ketika dulu. Sehingga kini ahkak ingat jawapan dia ni, biarpun tidak faham maksud sebenar. Ngehehe...(apa kaitan periuk nasi dia dengan tanda harga diletak secara terang-terangan?)

Ya, ada juga iklan yang sudah full detail mengenai produk dan harga pu n diletak tapi masih ada juga orang yang komen "PM harga sis" atau "harga?". Yang ni spesis tak membaca sehingga habis tentang detail tu ke apa? Pernah juga terlintas nak komen " u tak baca iklan sampai habis ker? " tapi nasib baiklah jari ahkak tak jahat macam otak ahkak ni. Apapun, peniaga online dan offline memang la ada perbezaannya. Ahkak ni pernah meniaga online juga (tapi tak lengkap)  rasa macam PTI (penjual tanpa izin) jer. Situasi begini memang ada pro dan kontranya kan, maka ahkak tak berani nak komen lebih la. Dengan harapan ahkak tak kena dengan peniaga online yang menipu la.

Peniaga perlu mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan perlu memaparkan maklumat seperti berikut:

  • Harga yang perlu dibayar
  • Nama Penjual atau Syarikat
  • Nombor Pendaftaran Perniagaan
  • Maklumat Untuk Dihubungi seperti Nombor Telefon, alamat atau emel
  • Keterangan Produk
  • Kaedah Pembayaran
  • Terma dan Syarat
  • Anggaran Masa Penghantaran
Individu yang gagal mematuhi 8 ketetapan yang disenaraikan oleh kementerian ini  bolehlah dilaporkan ke talian Bahagian Penguatkuasaan 1-800-886-800.
Pihak KPDNKK sudah sekian lama memberi kelonggaran kepada peniaga untuk menyesuaikan diri, sudah lama masa diberikan kini semua peniaga atas talian PERLU memaparkan tanda harga.

"Jadi, jika seseorang menjual kucing, sebagai contoh, dia mesti memaparkan harga yang mahu dijual dan tidak lagi berkata PM jika berminat" Kata Datuk Mohd.Roslan Mahayudin.

Baca info selanjutnya di SINI

"PM SAYA JIKA BERMINAT" TIADA LAGI,kpdnkk, 8 maklumat untuk peniaga atas talian, akta pengguna 1999, keburukan meletakkan tanda harga bagi peniaga online
sumber info dan gambar dari : SUARASABAH



1 ulasan:

  1. BAgus untuk customers, senang nanti nak survey harga. Xyah dah nak tanya2 tpi xbeli sbab aim kita just nak buat comparison which one much better. Tapi xbagus utk online marketing, tu strategy diorang utk approach customer. Ad pros n cons :)

    P/s: Tpi bagusla macam ni best kita shopping kan once harga dh provided.

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...