Breaking News

SABAH ELEPHANT FILM FESTIVAL 2017

SABAH ELEPHANT FILM FESTIVAL 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


SABAH ELEPHANT FILM FESTIVAL  || 12 Ogos 2017 bersamaan hari Sabtu yang lalu merupakan Hari Gajah Sedunia. (lambat update entri pasal ni kerana komitmen tugasan kerja dan juga family) Apapun, KG berkesempatan juga menghadiri Sabah Elephant Filem Festivel(SEFF) anjuran WWF-Malaysia (World Wide Fund). Sambutan yang meriah untuk tontonan umum sempena Hari Gajah Sedunia bertempat di Auditorium Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negera (JKKN) Sabah dengan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Perlancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Pang Yuk Min. Ada 7 buah filem mengenai gajah yang boleh ditonton masa tu dari Malaysia sendiri, Sri Lanka, Thailand dan Afrika. Semuanya secara percuma saja.

Di Sabah, Gajah Borneo disenaraikan sebagai haiwan terlindung sepenuhnya dalam Enakmen Konservasi Hidupan Liar 1997. Membunuh atau mencederakan gajah di Sabah merupakan satu kesalahan besar. Jabatan Hidupan Liar Sabah telah diwujudkan sejak tahun 1965 untuk mengawal gajah yang memusnahkan hasil tanaman dan tumbuhan orang kampung. Manakala Polisi Jangan Bunuh 1996 diwujudkan dengan menggunakan kaedah tangkap dan pindah agar populasi gajah dapat dikekalkan. Proses pemindahan gajah di Sabah sangat tinggi kosnya, sehingga mencapai RM30,000 untuk seekor gajah sahaja!  Selain itu juga berisiko kepada kakitangan yang mengendalikan gajah tersebut. Bayangkan jika gajah menyerang secara berkumpulan. Bahaya!!! Tapi phak Jabatan Hidupan Liar Sabah tidak membunuh melainkan memberi suntikan pelali bagi mana-mana gajah yang hendak dipindahkan.

Ada 7 buah filem yang ditayangkan, antaranya Gardeners of Eden  yang sempat KG tonton, filem ini tentang rakyat Afrika yang begitu gigih dan bersungguh-sungguh menyelamatkan gajah yang kehilangan keluarga. Memang menyentuh hati. Anak gajah yang kehilangan ibunya lalu mengalami kemurungan dan cuba memberontak. KG bayangkan jika KG berada ditempat anak gajah tersebut. Pastinya sedih bila kau tinggal sendiri, selepas melihat ibu bapa kau dibunuh depan mata. Filem pendek selama satu jam tersebut memberi kesedaran pada kita bertapa gajah ini penting untuk dilindungi  kerana ianya semakin pupus. Bersyukurlah kita di Negeri Sabah kerana masih ada populasi gajah yang hidup biarpun sudah tidak banyak.



Antara Ancaman Terhadap Gajah

Kekurangan populasi gajah yang mendadak diseluruh dunia berlaku akibat terdapatnya beberapa ancaman terhadap kehidupan gajah diseluruh dunia.


  • Perubahan cuaca akibat pemanasan global telah mengurangkan sumber air untuk gajah.
  • Serangan pemangsa ke atas anak-anak gajah.
  • Baka yang terhad berikutan kadar kelahiran yang menurun.
  • Pemburuan haram untuk mendapatkan gading dan daging gajah
  • Kawasan habitat yang semakin sempit akibat pembukaan hutan.
  • Penjualan anak-anak gajah.
  • Pembunuhan gajah untuk keselamatan manusia, pertanian serta ternakan.
  • Pembinaan dan kemodenan mengganggu habitat semulajadi gajah.

SABAH ELEPHANT FILM FESTIVAL, hari gajah sedunia, selamat hari gajah sedunia, gajah, wwf, SEFF

SABAH ELEPHANT FILM FESTIVAL, hari gajah sedunia, selamat hari gajah sedunia, gajah, wwf, SEFF,sabahan blogger, dibawah bayu kami bersatu.
KG bersama Blogger Sabahan Sha (Pemilik Blog opZZpinky)

Sebelum menutup tirai, KG ingin meluahkan rasa bangga kerana berada di Sabah yang mana masih boleh tengok gajah di tempat sendiri tanpa perlu berhabisan wang untuk ke tempat lain semata-mata hendak tengok seekor gajah. Namun orang luar pula yang sentiasa berusaha untuk memusnahkan populasi gajah di tempat kita dengan memburu dan membunuh demi untuk dapatkan gading dan daging gajah. Kejam!! Semoga si pemburu-pemburu haram ini akan menerima balasan atau hukuman yang setimpal. Sekian dan wassalam

4 ulasan:

  1. Wahh, seronoknyaaa..")

    Untung boleh tengok gajah depan2 kan..

    BalasPadam
  2. Seronok dpt pigi event menambah ilmu sebegini ..
    Jarang ada peluang mcm ni kan ...

    BalasPadam
  3. bru tahu date tu hari gajah sedunia

    ju dtg singgah sni lepas lama offline blog. dtg blogwalking sb rindu =D btw, smoga sis sukses slalu amin =D

    BalasPadam
  4. Hai..kak gojes... saya baru ja singgah dan follow sini. hehe..

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...