Breaking News

DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU

DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU || Slot Akasia TITIAN CINTA baru saja melabuhkan tirainya semalam dan hari ini kita akan disajikan dengan drama adaptasi daripada novel Mr Hot Guy karya Danisyarahmat. Drama terbitan A.Aida Production ini mendapat sentuhan Zul Huzaimy dan diterajui oleh beberapa orang pelakon yang memang tidak asing lagi pada kita seperti Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin, Syazuwan Hassan Natasya Mahyan, Liza Abdullah, Hafidzuddin Fazil, Dilla Ahmad, Jaja Iliyes, Ariff Aziz, Anne Arifin, Adiba Yunus, Shahriza Mahmud, Norlie Tamam, Ennie Sulastri, Fad Anuar, Sofea dan ramai lagi. Ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3.


SINOPSIS LELAKI ITU PEMILIK HATIKU


Kisah Luqman Hakimi, anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila.

Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya. 

Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea. 

Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.

Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.

Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?

WATAK PELAKON 
Raja Afiq sebagai Luqman Hakimi
Puteri Aishah sebagai Nurin Kamila
Syazuwan Hassan sebagai Rashdan
Julia Farhana Marin sebagai Andrea
Natasya Mahyan sebagai Yani
Liza Abdullah sebagai Puan Sri Khalida
Hafidzuddin Fazil sebagai Tan Sri Hisyam
Dilla Ahmad sebagai Zaimah
Jaja Iliyes sebagai Shira
Ariff Aziz sebagai Mokhtar 

LAGU TEMA / OST LELAKI ITU PEMILIK HATIKU
Wany Hasrita - Menahan Rindu

ost drama lelaki itu pemilik hatiku, lirik lagu menahan rindu nyanyian wany hasrita,DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU, sinopsis DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU, barisan pelakon DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU, tonton online DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU, lagu-lagu dalam DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU, download DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU, sinopsis novel DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU,DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU adaptasi novel mr.hot guy, sinopsis novel mr hot guy, beli online novel lelaki itu pemilik hatiku,
kredit : google

Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...