Breaking News

SENARAI PESERTA GEGAR VAGANZA MUSIM KE4

SENARAI PESERTA GEGAR VAGANZA MUSIM KE4

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

GEGAR VAGANZA || Sudah masuk musim ke4 rupanya.  Ahkak layan musim pertama dan kedua saja, itu pun disebabkan artis-artis musim tu memang ahkak minat. Gegar Vaganza musim ketiga memang ahkak tiada ambil kisah pun, jadi kurang tahu perkembangannya. Ini masuk musim keempat, kali ni KG nak layan balik la. Ahkak minat Lan Kristal, Elyana, Aishah dan Syura. Firman penyanyi dari Indonesia tu pun KG minat juga. Lagu-lagu dia semua best.

Seperti musim-musim lepas, Gegar Vaganza akan ada 12 peserta diantaranya 6 orang lelaki dan 6 orang wanita yang akan bertanding untuk merebut gelaran juara. (Gegar Vaganza musim ke4 (GV4) akan bermula pada Ahad, 29 Oktober 2017 jam 9.00 malam. GV4 akan bersiaran selama 8 minggu secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, dan disiarkan disaluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Datuk Ramli MS masih dikekalkan sebagai juri tetap. Pengacara pula masih dikekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Dorang memang best la kalau mengacara Gegar Vaganza dari musim-musim lalu.Juara Gegar Vaganza musim keempat bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara. 
Manakala tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi. Siapakah yang bakal bergelar Juara GV musim ke4? sama-sama kita saksikan sehingga minggu terakhir.


 Senarai  Lagu Peserta Gegar Vaganza Musim ke4 pada Minggu Pertama :



Peserta lelaki

1. Aqasha - Embun
2. Ferhad - Kasih Berubah
3. Firman - Kehilangan
4. Hazami - Mungkir Bahagia
5. Lan Kristal - Seragam Hitam (Kristal)
6. Tia Jinbara - Farhana (Jinbara)

Peserta wanita

1. Aishah - Janji Manismu
2. Elyana - Tak Tercapai Akalmu
3. Haida - Zapin Usik Mengusik (Senario & Haida)
4. Liza Hanim - Siapa Sangka Siapa Menduga
5. Raja Azura - Hati Terkunci
6. Syura - Nazam Berkasih



SENARAI PESERTA GEGAR VAGANZA MUSIM KE4, SENARAI LAGU GV4 minggu pertama, senarai lagu gegar vaganza musim keempat minggu pertama, pemenang gegar vaganza musim keempat, pemenang gegar vaganza musim pertama, juara gegar vaganza musim keempat, juara gegar vaganza, senarai lagu peserta gegar vaganza, gegar vaganza musim 4
Kredit Pic : FB GV4

5 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...