Breaking News

ALAHAI POLIGAMI

ALAHAI...POLIGAMI


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

ALAHAI...POLIGAMI|| Atau kata lainnya suami kahwin lebih dari seorang isteri. Atau madu pada si isteri pertama. Madu ni sangat manis bagi si suami namun sangat pahit bagi si isteri. Memang mana-mana wanita yang bergelar isteri tidak akan pernah 'suka' pada poligami apalagi MADU.Tipu la kalau ada wanita yang sanggup dimadukan melainkan dalam drama tv. Ya..memang ada yang terima tetapi pada mulanya tidak menerima. Itu namanya dia REDHA...Sebabnya dilarang suaminya nikah lain pun tetap juga dilakukan, makanya kena redha saja la.

Sebenarnya ada banyak kisah poligami ni. Cumanya kita tidak tahu bila ianya berlaku diluar kawasan kita. Melainkan orang dikawasan tersebut bawa mulut...maka tersebar la. Ataupun kau seorang selebriti yang memang dikenali. Macam Izreen Azminda. Maaf sebab ahkak pun peminat Izreen, walaupun akak seorang wanita dan seorang isteri bila dapat tahu dia kahwin dengan suami orang, tak ada point sebenarnya nak kecam Izreen. Sudah selamat menjadi isteri yang sah pun, takkan kau nak suruh dorang bercerai pulak?

Terkadang ahkak hairan dengan segelintir 'kita', hal orang (selebriti tu pun orang juga) pun kecoh. Popular sikit pandai keluar la segala pakar, artis kahwin laki orang kau berabis korek 'kisah dalam rumah dorang'  untuk diaibkan. Siap guna nama Allah swt lagi tu. Akak ni bukan menyokong tapi hubungan dorang sudah sah, takkan kau nak runtuhkan pulak. Aippp...jangan pula kata "kena dengan laki baru padan muka" Takdir kita bukan kita tentukan, apa yang tersurat belum kita tahu apa yang tersirat.Ada baiknya kita sama-sama tambahkan amal diri kita. Bukannya sibuk mengecam dan mengaibkan orang lain.

Dipihak lelaki (suami) patut juga dikecam kalau kes-kes poligami ni. Mana adil kalau satu Malaysia kecam yang si isteri kedua..ketiga atau ke berapa. Si lelaki seronok goyang kaki sebab bukan dia yang kena kecam, dia tau goyang saja.(Opsss) Percaya atau tidak, lelaki bila ada niat pasang dua atau lebih, kepakaran agama dia akan meningkat. (biarpun tak pakar sebenarnya). Bukan setakat pakar agama, pakar motivasi segala. "sunnah nabi la..payung emas la. Bukan sakit kalau abang kahwin lagi satu..bla..bla..bla..)

Mohon maaf juga jika ada yang terasa. Kita doakan yang baik-baik saja. Kita jangan buka aib orang, Pasti Allah swt jaga aib kita. Apapun, apa yang KG taipkan di sini hanya sekadar pendapat diri sendiri saja. Tak suka korang boleh abaikan. Sekian.

izreen azminda, selebriti bermadu,ALAHAI POLIGAMI,madu, manisnya madu, seronoknya poligami, madu pada wanita, hukum poligami, definisi poligami

2 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...