Breaking News

BENARKAH IKAT PERANAKAN MEMPERCEPATKAN MENOPAUSE?

BENARKAH IKAT PERANAKAN MEMPERCEPATKAN MENOPAUSE?



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


BENARKAH IKAT PERANAKAN MEMPERCEPATKAN MENOPAUSE?  || Banyak soalan yang diajukan pada KG, oleh rakan-rakan. Sebenarnya ahkak masa bersalin anak ketiga tahun 2014 tu, ahkak sendiri request minta ikat peranakan atau bahasa saintifiknya (hahaha..bahasa doktor selalu guna) bilateral tubal ligation (BTL). Kenapa request BTL? Kerana risiko kesihatan diri sendiri bila mengandung lagi. Siapa yang tidak mahu mengandung lagi kan? KG masih mahu tapi mengenangkan tiapkali mengandung masalah kesihatan menjejaskan diri sendiri dan juga anak dalam kandungan, adalah lebih baik elakkan. Ambil risiko boleh. Tapi KG kalau ambil risiko, biarlah KG yang terima sepenuhnya risiko tersebut bukan bayi yang dikandung. Namun sekiranya umur KG tidak panjang semasa bersalin? Anak yang baru dilahirkan dan anak-anak yang sudah besar dan semakin dewasa siapa ibunya kelak jika ...

Orang lain seenaknya cakap, "ala..boleh lagi bah tu kau beranak. Tengok si anu..si anu..dan si anu...bla..bla..bla". Ingat, 'Kemampuan' seseorang itu tidak sama. Kalau wanita itu 3 kali beranak semuanya melalui proses pembedahan ketiga-tiganya tapi masih boleh beranak lagi, itu rezeki dia dan dia memilih risiko tersebut. Tapi, KG tidak mampu ambil risiko tersebut, lagipun mulut-mulut yang bercakap banyak itu bukannya bagi belanja pun untuk KG sekeluarga. KG abaikan saja kata-katanya. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. 

Ada juga yang komen, " kau minta ikat peranakan, nanti laki kau mahu anak lagi kau tidak dapat bagi. Dia kahwin baru". Tidak kurang juga ada yang mengatakan, wanita yang minta ikat peranakan ini cepat menopause, kurang syahwat, suami sudah rasa lain(maksudnya tidak sama dengan sebelum kena ikat peranakan)dan macam-macam lagi. Yang ini kebanyakannya rakan lelaki yang cakap. Namun KG abaikan saja. Jika kamu mahu tahu tentang Mengikat Peranakan itu mempercepatkan menopause atau tidak, boleh baca di Laman Web Dr.Zubaidi

Apa Itu Bilateral Tubal Ligation atau BTL?


BTL iaitu Bilateral Tubal Ligation adalah kaedah pemandulan secara kekal. Biasanya ia dibuat dengan dengan mengikat, memotong atau apa saja kaedah yang memutuskankan tiub fallopian (saluran peranakan) dari terus bersambung ke rahim.

Apabila saluran peranakan dipotong, benih lelaki sperma tidak dapat melintasi bahagian yang diputuskan untuk bersenyawa dengan telur ovum yang dikeluarkan dari kilang telur ovari.
Tetapi kaedah mengikat saluran peranakan (BTL) tidak menjamin 100% tiada kehamilan. Pada tahun pertama BTL dilakukan, ia amat berkesan menghalang kehamilan sebanyak 99%.
Selanjutnya boleh baca di SINI


benarkah ikat peranakan mempercepatkan menopause, kesan ikat peranakan, kesan BTL, apa itu BTL, bilateral tubal ligation, hukum mengikat peranakan,kesan mengikat peranakan
kredit : WMD

2 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...