Breaking News

Melatah Itu Sejenis Penyakit Atau Habit?

Melatah Itu Sejenis Penyakit Atau Habit?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
  
MELATAH merupakan satu tabiat yang biasa kita 'temui' di kampung. Tapi, itu dulu. Heheh sekarang, kita akan jumpa di mana-mana rasanya orang yang melatah ni. Dan kalau dulu, kebiasaannya orang-orang tua la yang kita jumpa akan melatah. Namun, zaman kini bukan orang tua sahaja yang melatah. Melatah boleh terjadi kepada semua orang tanpa mengira usia. Macam mana boleh berlakunya melatah ni? Adakah ini cuma sindrom masyarakat Melayu sahaja?

KG kata seperti itu, sebabnya memang itu yang KG sudah temui.

Dan, KG percaya bahawa tabiat MELATAH ini bukanlah satu habit melainkan satu 'penyakit berjangkit'. Namun terpulang pada kamu yang punya pendapat kontra dari KG.

Bila kita berdepan dengan orang melatah ni, pasti kita akan rasa terhibur dengan latahnya. Sebenarnya ada pelbagai latah orang kita. Kalau disekitar KG, ada orang yang melatah dia akan sebut nama yang ada dalam kampung tu. Alahai...panjang benar senarai namanya disebut. Lepas tu bila selesai, orang tersebut akan tercungap-cungap penat menyebut semua nama dalam kampung tu.


Lain lagi, jenis orang yang melatah bila kau kejutkan dia segala benda kotor disebut la, ada yang menampar la dan macam-macam lagi.
  
KG, kalau dengar orang melatah...memang terrsenyum dan kadang terlepas juga gelak kuat. Oleh sebab sedar diri..(sendiri pun melatah) maka, cepat-cepat tutup mulut. Ngehehe. Tak baik la mengolok orang melatah.

Jangan kamu hairan kalau dulu, kawan kamu tu bukan sejenis manusia yang melatah tapi bila bertemu saat ini latahnya seakan dibuat-buat. Percaya la itu adalah BENAR...Benar-benar melatah maksud KG. (contoh terdekat seperti KG sendiri)

Bila ada kawan-kawan dengar KG melatah punyalah teruk, sehingga menyebut barang-barang terlarang terus menerus.

"Atie, sejak bila kau melatah ni? Dulu ko tidak begini pun"

Kamu mahu KG jawap apa? Nda..nda...ini bukan latah bah ini, saya sengaja bah ini.

Satu lagi, jangan hairan kalau melatah ni sudah terrmula, naaaah sana la tidak berhenti. Dan hanya yang melatah itu saja yang faham bertapa penatnya bila kau mula melatah. Huhuhu.

Jika diberi pilihan, KG lebih memilih tidak melatah dan tidak menyakat orang yang melatah satu tika dulu. Tapi masa sudah tidak boleh diundur. Pesanan orang tua-tua, kalau dia bilang jangan sakat orang melatah maka jangan la.

Akhir sekali, pesanan KG jangan suka menyakat orang melatah tau nanti korang pun kena. Tidak sekarang mungkin dua atau tiga tahun lagi. Heheheh

Mengikut sejarah di Asia Tenggara, pernah terjadi satu situasi dimana seseorang itu berkelakuan tidak normal apabila mengalami kejutan secara tiba-tiba. Biasanya orang yang melatah akan melakukan tindak balas secara spontan seperti menjerit,  mengutuk, bergerak bentuk tarian, dan ketawa yang tidak terkawal. Tetapi kebiasaannnya orang yang melatah akan meniru gerak-geri atau perbuatan orang di sekeliling mereka.

Masyarakat Melayu beranggapan melatah merupakan perkara yang normal tetapi sebenarnya remaja pun tidak kurang hebatnya bila melatah. Tidak hairanlah masyarakat kita menganggap perkara ini bukan sebuah penyakit serius yang perlu ditangani.

Adakah melatah ini merupakan satu penyakit yang serius? Jawapannya tidak. Tiada rawatan khusus untuk orang yang mengalami latah melainkan orang yang melatah tidak diganggu dan dikejutkan secara kerap. Biasanya jika orang yang melatah kurang diganggu, penyakit latahnya boleh dikurangkan.

Namun, walaupun kita rasa melatah ni satu perkara yang menghiburkan, jangan pula kita kerap mengganggu orang yang melatah. Orang yang melatah boleh merasa lelah dan mengah sehingga boleh membahayakan diri. Kadangkala, orang yang melatah ini boleh membahayakan orang lain di sekitarnya jika dia memegang benda merbahaya atau senjata tajam. SUMBER : GOOGLE

MELATAH ITU SEJENIS PENYAKIT MELATAH ITU SEJENIS PENYAKIT ATAU HABIT?melatah, sejarah melatah, cara merawat latah, ,melatah ada ubat?
kredit : Google

2 ulasan:

  1. dulu sy pun melatah.. biasanya "ehh mama" hahaha~
    Lama2 sy cuba tahan utk tidak melatah.. Alhamdulillah skrg dah okay

    BalasPadam
  2. Dulu saya pun melatah..tp cuba control... Alhamdullillah..sekarang ni dah banyak kurang.. saya x suka sesuatu yg mengejutkan...risau tkt termelatah

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...