Breaking News

Bantuan Sara Hidup 2020


Bantuan Sara Hidup 2020


banyuan sara hidup rakyat, pembayaran fasa pertama bshr 2020, kelayakan memohon bantuan sara hidup,jumlah kelayakan bsh 2020


Bantuan Sara Hidup Rakyat(BSHR) ini merupakan penjenamaan semula Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) yang yang diubah oleh pimpinan terkini.

Seperti yang sudah diwar-warkan, pembayaran fasa pertama BSHR 2020 ini akan mula dibayar atau dikreditkan ke dalam akaun pemohon yang berkelayakan bermula 20 Januari 2020. Manakala pembayaran secara tunai dikaunter Bank Simpanan Nasional(BSN) akan dibuka bermula 01 Februari 2020.

Sesiapa yang belum memohon atau mengemaskini, ianya akan dibuka bermula 01 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. Jadi, jangan lupa tau.

Bagi korang yang sudah pernah dapat bantuan sebelum ini, tidak perlulah kemaskini lagi data lama anda seikranya tiada perubahan. Mereka akan bayar mengikut data lama anda juga tu.

Selebihnya korang boleh baca info dibawah

Permohonan BSH 2020

  • Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.
  • Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  1. Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
  2. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
    1. Elaun Pekerja Cacat
    2. Bantuan Penjagaan OKU
    3. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
    4. Bantuan Orang Tua
  • Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  1. Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
  2. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  3. Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
  • Maklumat BSH 2020 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:
  1. Permohonan melalui dalam talian
  2. Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
  3. Borang Permohonan BSH 2020 Yang Boleh Dimuat turun
  4. Panduan Pengguna Pengisian Borang
  5. Soalan Lazim (FAQ)

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020

  • Pemohon BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
  • Tarikh dan kaedah pembayaran
  1. Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara berikut:
    1. Pengkreditan terus ke akaun – mulai 20 Januari 2020
    2. Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak) – mulai 1 Februari 2020

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020

  • Untuk makluman, tuntutan SKK BSH 2020 bagi kematian pemohon yang berlaku mulai 1 Januari 2020 masih belum dibuka atau belum boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional (BSN). Tarikh mula tuntutan ini akan dimaklumkan semula.




1 ulasan:

  1. Ramai yg masih lagi tak berapa clear kena kemaskini ke tak padahal dah letak tarikh semua dah 😤

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...