Breaking News

Tips Fesyen Muslimah Ke Pantai

Tips Fesyen Muslimah Ke Pantai


Tips Fesyen Muslimah Ke Pantai,tips berpakaian ke pantai, pakaian muslimah ke pantai, style ke pantai, hijabista ke pantai, bohey dulang,

Merancang untuk bercuti ke pantai? Atau sedang menghitung detik untuk ke destinasi percutian korang di sebuah pulau? Sebut pasal pulau, wajiblah ada pantainya kan. Ganjillah Pulau kalau tiada pantainya. Siap dengan ombaknya..ombak rindu..aum.

Wahhhh.. KG teruja untuk bercuti ke Pulau Bohey Dulang. 

Bohey Dulang tu di mana?

Pulau Bohey Dulang tu terletak di Pantai Timur Sabah. Hahaha..KG ni orang Original Sabahan pun belum pernah lagi menjejak kaki ke Pulau Bohey Dulang. Sedih.

Pertengahan Februari 2020 nanti KG akan ke Bohey Dulang. Trip bersama sepupu-sepupu KG yang suka makan angin. Kali ni KG join dorang makan angin tapi jangan la sampai perut kembung masuk angin. Ngehehe.

Percutian ke pantai ini sememangnya dapat menghilangkan rasa penat setelah berminggu-minggu berhempas pulas dengan kerja di pejabat. Namun, bagi muslimah yang mengenakan hijab atau bertudung, pasti penat memikirkan  pakaian yang sesuai ketika bercuti di pantai. Sudah pasti juga memikirkan style hijab ke pantai yang sesuai dengan diri kita.

Okay.. ini memang sedang berlaku pada KG.Maka gigih la KG mencari info tentang cara fesyen atau style Muslimah Bercuti ke Pantai. Percaya atau tidak...ahkak memang gigih menggoggle tau. Hasilnya adalah seperti tips berikut. Kebanyakannya memang menyarankan tips tersebut, jadi kena ikut la kan.

Gunakan Pakaian Yang Longgar


Ketika bercuti di pantai, seelok-eloknya anda memakai pakaian yang longgar dan hindari daripada baju-baju yang ketat. Ini kerana anda akan lebih selesa bergerak dengan memakai baju yang longgar menyerap peluh. 

Baju ketat adalah pilihan yang paling tidak sesuai di pantai. Pakaian yang longgar akan membantu memudahkan pergerakan anda. Ditambah pula dengan peluh yang berlebihan dengan baju ketat, pasti akan membuatkan anda kurang selesa.

Dengan memakai pakaian yang longgar, anda dapat menikmati angin yang berhembus di tepi pantai, jadi ianya sangat sesuai dengan suasana pantai. Mengenakan palazzo atau skirt labuh bukan sahaja menampakkan anda kelihatan sopan kerana ianya tidak menampakkan bentuk tubuh anda, malah kaki anda juga akan berasa lebih nyaman.

 
Penggunaan Jumpsuit Dan Dress Labuh


Penggunaan jumpsuit adalah sangat sesuai untuk style hijab ke pantai kerana ianya akan menampakkan kesan simple dan minimalis. Jumpsuit ini longgar, nyaman dan sesuai untuk kesemua jenis bentuk badan. Sekiranya anda menggandingkan pemakaian jumpsuit ini dengan kacamata hitam dan topi, anda pasti akan nampak lebih trendy. Anda juga boleh mengenakan jumpsuit tanpa lengan dan memakai outer ringan di luarnya.

Selain itu,anda juga boleh pakai dress labuh untuk ke pantai. Ianya juga akan membuatkan anda berasa nyaman dan menampakkan anda lebih feminin. Maxi dress yang berpotongan panjang dengan lengan panjang merupakan pilihan baju pantai muslimah yang sangat sesuai. Terdapat banyak pilihan dress dengan pola geometris dan berwarna pastel.

Jangan Pakai Terlalu Banyak Layering


Minimumkan style hijab ke pantai anda kepada yang terpaling sikit dan simple. Anda boleh mengenakan tops yang sedikit longgar dengan skirt labuh atau palazzo. Cuba hindarkan diri dari memakai outwear yang mungkin akan membuatkan anda nampak lebih serabut. Penampilan sederhana seperti ini akan tetap nampak menarik sekiranya anda memilih tops dan skirt labuh yang betul.

Tetapi, sekiranya anda ingin memakai outwear juga, pastikan ianya outwear yang jatuh dan ringan agar anda tidak akan nampak serabut ketika bergerak. Jangn pakai outwear yang tebal kerana ianya tidak sesuai dengan suasana pantai dan akan membuatkan anda berpeluh yang berlebihan. Macam mana foto nak nampak cantik kalau anda banyak sangat berpeluh?

Pilih Pakaian Yang Berwarna Cerah Atau Pastel


Pilihlah pakai yang berwarna cerah ataupun pastel untuk style hijab ke pantai anda. Ini kerana, cuaca cerah di pantai paling sesuai digandingkan dengan pakaian yang berwarna cerah ataupun pastel. Warna pakaian seperti biru langit, pink pastel dan juga light brown sangat disyorkan. Memakai pakaian bewarna cerah ini juga akan mengelakkan anda daripada kepanasan.

Elakkan memakai pakaian yang berwarna putih. Hal ini adalah kerana ia akan memperlihatkan pakaian dalam anda ketika anda bermain air atau basah-basahan di tepi pantai dan membuatkan pakaian anda kelihatan menembusi sehingga kedalamnya.

Akan tetapi, anda juga boleh mengenakan pakaian dengan warna yang terang. Sekiranya anda berani untuk bermain dengan warna, anda boleh mengenakan pakaian seperti jumpsuit ataupun skirt labuh yang berwarna-warni dan ceria untuk menaikkan lagi mood percutian anda. Corak bunga-bunga dan motif yang kreatif di pakaian anda pasti akan menyerlahkan lagi outfit anda.

Tambah Aksesori Untuk Nampak Lebih Menarik

Tips Fesyen Muslimah Ke Pantai,tips berpakaian ke pantai, pakaian muslimah ke pantai, style ke pantai, hijabista ke pantai, bohey dulang,


Pemakaian aksesori di pantai sangat tidak asing lagi. Setiap perempuan mesti akan merasa lengkap dengan penggunaan aksesori ketika bercuti di pantai. Sekiranya anda sudah memilih dan menentukan pakaian yang anda akan pakai ke pantai, jangan lupa untuk menambahkan sedikit aksesori.

Anda boleh mengenakan pakaian anda dengan memakai sunglasses yang trendy dan digandingkan dengan topi anyaman yang besar untuk menaikkan lagi keceriaan percutian anda. Penggunaan topi lebar dan kacamata hitam juga boleh melindungi anda daripada sinaran matahari yang terik di pantai.

Memakai topi adalah style hijab ke pantai yang wajib anda ikuti. Topi jenis floppy atau topi yang memiliki pinggiran yang lebar akan menghindarkan wajah anda dari terkena sinaran matahari. Topi ini sesuai dipakai dengan segala jenis pakaian dan paling sesuai jika digandingkan dengan skirt labuh. Penampilan anda semestinya akan nampak lebih feminin. Selain itu, topi ini juga mengimbangkan penggunaan hijab anda.

Gunakan Tudung Instant Untuk Keselesaan

Style hijab ke pantai yang paling sesuai adalah memakai tudung instant. Tudung instant ini adalah tudung tanpa jarum peniti dan akan memudahkan anda ketika anda ingin pergi diving atau snorkeling. Tudung instant ini juga akan membantu anda daripada hembusan angin pantai yang kencang kerana tudung jenis ini kebiasaannya elastik dan melekap di kepala. Di samping itu, ia juga mudah untuk dibetulkan.

Memakai tudung instant yang diperbuat daripada kain kapas atau nylon adalah digalakkan kerana ianya lebih simple dan mudah untuk digunakan. Ianya tidak rumit dan lebih nyaman. Anda juga tidak perlukan tutorial untuk memakai tudung instant anda ini, hanya sarung dan siap.

Pilih Untuk Memakai Sandal Yang Selesa

Tips Fesyen Muslimah Ke Pantai,tips berpakaian ke pantai, pakaian muslimah ke pantai, style ke pantai, hijabista ke pantai, bohey dulang,


Akhir sekali, jangan lupa untuk memakai sandal yang selesa ketika anda bercuti di pantai. Tinggalkan kasut tumit atau kasut kasual anda di rumah. Ini kerana anda akan lebih selesa sekiranya memakai sandal atau selipar jepun ke pantai. Kalau anda pakai kasut tumit, mesti susah anda ingin berjalan di pantai kerana pasir atau air laut akan masuk kedalam kasut anda. Jadi, elakkan daripada menggunakan kasut tumit.

Itulah dia beberapa tips fesyen muslimah ke pantai yang anda boleh ikuti sekiranya anda pergi bercuti nanti. Muslimah juga boleh bergaya sakan kalau bercuti di pantai sekiranya anda tahu cara pemakaian yang sesuai. Bagi yang tidak memakai hijab pula, apa kata anda dapatkan tips menarik untuk gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka anda.



1 ulasan:

  1. baru tahu yang pakai warna pastel lagi naik warna gambar ..blh try nnt

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...