Breaking News

Resepi Biskut Chip Coklat Famous Amos

Resepi Biskut Chip Coklat Famous Amos


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sedar tak sedar kita sudah 31 dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan PKP fasa 3 ni sudah masuk hari ketiga. Kira punya kira, Bulan Ramadhan pun sudah tinggal 7 hari saja lagi menjelang tiba. Umat Islam akan mula berpuasa dalam tempoh 7 hari saja lagi. 

Pastinya ramai di antara para ibu-ibu diluar sana yang sungguh banyak masanya untuk berada di dapurkan? Ligat juga men'goggle' segala macam resepi. KG pun salah seorang juga yang mencari resepi tu. Hehehe. Nampak status rakan-rakan masak kuih Pinjaram (atau penyaram, cucur jawa) KG pun cuba macam-macam resepi ni sehingga jadi. Nanti KG kongsi Resepi Pinjaram Dijamin Lembut Dan Gojes. Kali ini KG nak kongsi resepi Biskut Chip Coklat Famous Amos tu (ala-ala famous amos jer la) tapi lagi puashati sebab buat sendiri dan dapat makan sehingga kenyang. Hahah. Kredit pada resepi Nurul Shafira (Gambar dan resepi dari FB)

Jika diteliti dan diikut resepi Nurul Shafira ni, memang tersangat mudah. Tanpa gunakan mixer pun! Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.


RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS

Tadaaa..inilah dia rupa Biskut Chip Coklat Famous Amos yang korang dah buat sendiri


1. Bahan A: Kacau Rata

Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.

250 gram marjerin (saya guna Farmcow)
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur


Gaul sebati Bahan A

2.  Bahan B

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.


 Masukkan sesudah Bahan A dan B sudah sebati, baru ditaburkan chip coklat ni

 Selepas tu, adunan akan kelihatan seperti ini
3. Sejukkan Adunan
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

Kemudian, bolehlah guna sudu makan untuk buat bentuk begini ya, dan boleh letak badam cincang(Tak letak pun  tak mengapa, Kalau KG lagi suka tanpa badam) dan akhir sekali bakar di oven (ikut kesesuaian suhu oven masing-masing ya)

 4. Sedia Dibakar
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Tapi sebelum tu kena bentukan guna sudu(seperti dalam gambar ya) Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
5. Masukkan Dalam Oven
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.


SIAP!

Keharuman semasa membakarnya memang akan membuat seisi rumah menelan air liur. Sebabnya wangiiii. Arghh..masa menaip entri ini KG dapat bayangkan wangi biskut ni. Awas...besok nak try buat biskut ni. Kebetulan dalam peti ais ada bahan-bahan tersebut. Sebelum PKP, KG memang ada niat nak buat biskut ni untuk buat sarapan anak-anak. Tapi sampai ke hari ini, bahan-bahannya masih setia menanti KG hasilkan biskut.Hahah..jom la kita mencuba di musim PKP ini. 

Jangan lupa, #StayAtHome #KitaJagaKita

Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...