Breaking News

7 Tips Simpan Barang Basah Kekal Segar Dan Tahan Lebih Lama

7 Tips Simpan Barang Basah Kekal Segar Dan Tahan Lebih Lama

7 Tips Simpan Barang Basah Kekal Segar Dan Tahan Lebih Lama|| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini sudah masuk hari keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 dan maknanya sudah 32 hari berlangsungnya PKP ini sejak dari Fasa 1. Pastinya, korang akan berbelanja seminggu sekali kan untuk barang basah seperti sayur-sayuran, daging, ayam dan ikan untuk stok sepanjang PKP.

Seperti KG, seminggu sekali membeli stok tetapi stok tersebut ada yang tidak bertahan lama. Terutamanya sayur daun hijau. Sedih tau beli sayur daun sebab nak stok untuk seminggu tapi dah jadi kuning. Maknanya KG tak simpan dengan betul. 

Bernasip baik bila mendapat tips untuk simpan barang basah sepaya kekal segar dan tahan lebih lama dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @anasulianna. Ikuti perkongsian beliau tentang cara penyimpanan barang basah agar kekal segar dan tahan lebih lama di bawah. Ayuh kita mulakan!





  1. Bahagikan bahan protein mengikut saiz hidangan yang diingini ke dalam ziplock bagBagi mengekalkan kesegaran bahan basah anda, pertama sekali, anda haruslah mencuci bahan basah terlebih dahulu. Kemudian, bahagikan barangan tersebut ke dalam ziplock bag mengikut portion hidangan yang anda inginkan.
  2. Simpankan sayuran anda beralaskan tisu dapur dalam ziplock bag. Untuk sayur-sayuran seperti labu, carrot, timun, pok choy dan sebagainya, anda boleh potong sayur-sayuran berikut terlebih dahulu tanpa mencucinya. Kemudian, masukkan sayuran tersebut ke dalam ziplock bag yang beralaskan tisu dapur. Akhir sekali, letakkannya ke dalam peti sejuk dan guna bila perlu. Confirm sayur anda tahan lebih lama!
  3. Letakkan daun-daun di dalam ziplock bag dan simpankan di dalam freezer. Cara penyimpanan ini boleh digunakan untuk daun-daun seperti daun kari, daun limau purut, daun ketumbar, daun kunyit dan sebagainya. Tanpa perlu dicuci dahulu, periksa daun-daun dan buangkan yang layu. Kemudian, masukkannya ke dalam ziplock bag dan simpankan di dalam freezer supaya tahan lebih lama. Daun-daun boleh bertahan berbulan-bulan jika disimpan dengan cara ini.
  4. Simpankan sayuran akar anda di dalam bekas berisi air. Untuk sayuran akar seperti lengkuas, halia, kunyit hidup dan lain-lain, cara penyimpanannya sedikit berbeza daripada sayuran lain. Untuk mengekalkan kesegaran yang lebih lama, cucikan sayuran akar tersebut dan letakkannya di dalam balang yang berisi air. Kemudian, simpan balang tersebut di dalam peti sejuk. Jangan lupa untuk menukar airnya setiap minggu agar sayur akar kekal segar untuk masa yang lebih lama.
  5. Balutkan sayuran seperti bunga kubis, brokoli dan kubis menggunakan wrap plastik.Untuk sayur-sayuran seperti brokoli, kubis dan bunga kubis, anda hanya perlu membalutnya dengan wrap plastik tanpa perlu dibasuh. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk dan gunakan bila anda mahu. Untuk menyimpan lebihan sayuran, anda hanya perlu balutkannya semula selepas guna.
  6. Potong buah-buahan sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk. Untuk mengekalkan kesegaran dan memudahkan kerja anda di dapur, anda boleh potong buahan buahan anda dan simpankan dalam bekas kedap udara. Kemudian, sejukkan di dalam peti sejuk dan makan bila anda mahu!
  7. Letakkan bawang dan kentang di tempat yang kering dan bersuhu bilik. Simpan kentang dan bawang anda di mana-mana ruangan yang bersuhu bilik. Selain itu, kentang dan bawang juga boleh disimpan di dalam bakul di ruangan yang kering supaya sayuran mendapat pengudaraan yang cukup dan bertahan lebih lama.
Nampak Mudah sahaja bukan? Pastinya bukan sahaja barang dapur anda akan lebih tahan lama tetapi lebih kemas tersusun dalam peti sejuk. Apa tunggu lagi, cubalah sekarang.


Lepas ni bolehlah simpan stok dengan lebih lama dan segar pulak tu. Selamat mencuba.

Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...