Breaking News

Jom Buat Sendiri Teh Masala

Cara Membuat ‘Teh Masala’

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Jom Buat Sendiri Teh Masala||Teh Masala adalah teh susu khas India yang mencampurkan segala kebaikan rempah-rempah. India adalah penghasil rempah terbesar di dunia dan juga penghasil teh terbaik di dunia, maka dari inilah munculnya Teh Masala ini.
Jom cuba buat sendiri Teh Masala ini menggunakan resepi yang dikongsi oleh Ravinder Kaur Joachim. 

Puasa pun tak sampai 2 hari saja lagi menjelang, nanti bolehlah try buat sendiri Teh Masala ni untuk berbuka.

Resepi Teh Masala

Bahan-bahan:
Air – 2L/3L
Daun Teh Cameron highland – 4 sudu besar
Bunga cengkih
Buah pelaga
Jintan manis
Kayu manis
Halia
Susu pekat
Susu segar
Susu tepung
Gula

Cara-cara:

  1. Panaskan 2 liter atau 3 liter air di dalam periuk.
  2. Masukkan daun teh cameron 4 sudu besar.
  3. Masukkan bunga cengkih dah buah pelaga.
  4. Masukkan juga jintan manis
  5. Masukkan kayu manis
  6. Tumbukkan halia.
  7. Masukkan halia ke dalam periuk. Dan biarkan teh mendidih.
  8. Sementara itu, sediakan susu pula. 3 jenis susu perlu digunakan
  9. Masukkan 4 sudu susu tepung ke dalam cawan.
  10. Masukkan sedikit air panas dan kacau hingga sebati.
  11. Kemudian masukkan satu cawan susu segar.
  12. Selepas itu, masukkan 3 sudu besar susu pekat
  13. Tambahkan 2 sudu besar gula. Kacau sebati.
  14. Kemudian masukkan susu ke dalam teh tadi. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih
  15. Kacau semua bahan
  16. Tarik dulu sebelum minum macam kedai mamak buat.
  17. Siap untuk diminum!



Jom Buat Sendiri Teh Masala,resepi teh masala, bahan-bahan teh masala, cara buat sendiri teh masala

1 ulasan:

  1. Unik... tak pernah dengar lagi teh ni.. ketinggalan zaman betul la lea ni... haha

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...