Resepi Kek Keju 3 Bahan
Resepi Cheese Cake 3 Bahan , Simple Dan SEDAP!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Cheese Cake 3 Bahan , Simple Dan SEDAP! || Sempena bermulanya Bulan Ramadhan ni,jom la kita gigih menggoggle segala macam resepi untuk juadah berbuka puasa dan sahur. Almaklumlah, bazaar ramadhan pun ditiadakan disebabkan oleh wabak pandemik Covid-19 ni. Apapun, semuanya pasti ada hikmahnya kan.
Salahsatu hikmahnya, kita semua ada banyak masa menyediakan juadah buat keluarga. Selalunya main beli dekat bazaar aje kan. Itu ini nak dibeli, last-last masa berbuka makan sikit aje. Tak ke membazir tu. Tahun ini kita masak sendiri ala kadar, elakkan pembaziran sambil-sambil berjimat. Kita kan masih dalam tempoh PKP.
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN KEK KEJU 3 BAHAN
120g Tatura Cream Cheese
120g Susu Pekat Manis
3 Biji telur gred B
*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai
untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar,
boleh gandakan sukatan ya.
CARA-CARA MEMBUAT KEK KEJU 3 BAHAN
Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya.
1. Pukul Cream Cheese Dan Susu Pekat
Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim
dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya.
Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun
boleh.
2. Asingkan Telur Putih & Pukul
Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning.
Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim
(meringue).
3. Masukkan Telur Kuning Dalam Adunan Cream Cheese
Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam
adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.
4. Campurkan Semua Bahan
Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi
sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.
5. Tuang Dalam Loyang
Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan
baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.
6. Bakar
Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar
secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di
bawah).
Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah
loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa
panaskan oven, air tu akan mendidih.
Cara bakar secara ‘waterbath’. / Foto Kredit:
afamilyfeast.com
Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas
bawah.
Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya
atau sehingga masak.
Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi
kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan
tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.
7. Sejukkan
Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah
keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.
8. Topping
Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda.
Makan saja pun dah sedap.
Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak
cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven.
MEMANG GEBU & LEMBUT!
Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat
topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya
pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!
Tak susah mana pun nak buat cheese cake kan?
Selamat mencuba.
*Resepi cheese cake 3 bahan ini adalah hasil olahan oleh
Nurul Ain Ridzwan
Sedap ni. Ringkas je. Salam Ramadhan.
BalasPadam