Breaking News

Resepi Tart Nenas Kerang

Resepi Tart Nenas Kerang

Bahan A :  (76 pcs)

  • 150  gm  mentega
  • 100  gm  marjerin
  • 50  gm  gula aising
  • 50  gm  susu tepung
  • 50  gm  tepung jagung
  • 1/4  sudu teh  emplex
  • 1/2  sudu teh  esen vanilla
  • 2  biji  kuning telur gred B


Bahan B :
  • 350  gm  tepung gandum
  • (tepung nanti boleh di ubahsuai supaya mendapat doh yang lembut)
  • Inti nenas/epal yang secukupnya
  • Bahan Sapuan :
  • 1  biji  kuning telur
  • 1  sudu teh  susu cair
  • Beberapa titis pewarna kuning

Cara-Cara Membuat Tart Nenas Kerang :

1.  Sebatikan mentega, marjerin, gula dan telur dengan menggunakan senduk kayu kemudian campurkan kesemua bahan-bahan yang lain kecuali inti nenas.
2.  Uli adunan sehingga menjadi adunan doh yang tidak melekat di tangan, pastikan adunan doh lembut supaya mudah untuk proses menekan doh di dalam acuan.
3.  Setelah siap di uli perapkan adunan doh sekejap supaya bahan-bahan lebih sebati dan mesra.
4.  Ambil sedikit adunan doh, masukkan ke dalam acuan tart kerang.  Masukkan inti nenas dan tutup dengan sedikit adunan doh lagi.  Kemaskan.
5.  Kemudian tekan acuan tart kerang untuk mengeluarkan tart tadi.  Susunkan di dalam dulang pembakar.
6.  Oles bahagian atas tart kerang dengan bahan sapuan kuning telur.  Bakar pada suhu 170’C selama 25-30 minit atau sehingga kelihatan masak dan kekuningan…
INFO  :   Buat seperti buah melaka dan masuk ke dalam acuan tart kerang, kemaskan & tekan untuk keluarkan ia dari acuan..
sumber  :   FB :  MAHN@ Jamayah Yahod



Cara-Cara Membuat Tart Nenas Kerang :

1 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...