Breaking News

Cara Hantar Dokumen Sokongan i-Sinar Kategori 2

 Cara Hantar Dokumen Sokongan Untuk Permohonan i-Sinar Kategori 2

Permohonan pengeluaran dari akaun 1 i-Sinar telah dibuka pada 21 Disember 2020 untuk kategori 1. untuk anda yang mengisi permohonan tersebut,  anda boleh membuat semakan online pada 04 Januari 2021. anda boleh menyemak DISINI

Pastinya ada di antara pemohon yang mendapat jawapan permohonan yang mengecewakan atau tidak layak untuk kategori 1 ini. Jangan sedih,  kerana anda masih boleh membuat permohonan pengeluaran i-Sinar untuk kategori 2 bermula 11 Januari 2021. Sebelum itu korang kenalah rujuk Cara Memohon i-Sinar Kategori 2.

Sudah pasti ramai yang maklum dengan syarat untuk kategori 2 ini.

1. Perlu sertakan slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan,  dan

2. Notis pemberhentian atau pemotongan elaun/ dan tuntutan kerja lebih masa.


Sekiranya tidak dapat mengemukakan dua dokumen seperti di atas,  sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.





Cara-cara Hantar Dokumen Sokongan Untuk i-Sinar Kategori 2

1.Anda perlu muat turun dokumen sokongan secara online bermula 11 Januari 2021.

2. Ambil gambar menggunakan handphone dan pastikan jelas,  terang serta boleh dibaca.



Cara hantar dokumen sokongan untuk i-sinar kategori 2


2 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...