Breaking News

Semakan BPN 2.0 : Pembayaran Fasa 2

Jom Semak Status BPN 2.0 

Selamat Tahun Baru 2021!! Awal-awal tahun ini pastinya ramai dikalangan kita yang memerlukan wang. Di awal tahun ini juga pasti ramai yang membuat semakan itu ini seperti semakan status permohonan i-Sinar . Bantuan Awal Persekolahan, tidak ketinggalan juga menyemak Status BPN 2.0 yang mana pembayaran fasa 2 akan dibuat dalam bulan Januari 2021.

Seperti yang kita sedia maklum, BPN 2.0 adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kepada golongan berpendapatan B40 dan M40, untuk meringankan beban rakyat akibat pandemik COVID-19. 

Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan sebelum ini.

Pembayaran BPN 2.0 fasa 1 sebelum ini telah dibuat pada 12 Oktober 2020 dan kini pembayaran fasa 2 yang akan dibuat pada Januari 2021.

Jumlah bayaran adalah seperti berikut: 

B40: RM1000(jika fasa 1 anda suda terima RM700, maka untuk fasa 2 anda akan terima RM300)

B40 BUJANG: RM500(jika fasa 1 anda suda terima RM350, maka untuk fasa 2 anda akan terima RM150)

M40: RM600(jika fasa 1 anda suda terima RM400, maka untuk fasa 2 anda akan terima RM200)

M40 BUJANG : RM300(jika fasa 1 anda suda terima RM200, maka untuk fasa 2 anda akan terima RM100)

Janganlah selepas terima bayaran dalam akaun, korang dapat jumlah begini kemudian sibuk menyoal di facebook BPN atau yang berkaitan. Huhu..selalu berlaku macam tu. Kena faham la, jumlah kelayakan, kemudian bayaran yang korang terima pada bulan Oktober 2020 tu berapa. Bulan Januari 2021 ni korang akan terima bakinya. 

Contoh, korang layak RM1000. Bulan Oktober dah terima RM700, maka Jumlah kelayakan ditolak dengan jumlah yang korang terima pada bulan Oktober tu. Maka itulah yang akan korang terima bulan Januari 2021.

Jangan sibuk meroyan di facebook sana.

Semakan Status BPN 2.0

Anda boleh membuat semakan status permohonan baru/rayuan serta status pembayaran dengan melayari laman rasmi BPN: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPN.aspx

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua ( BPN 2.0 Fasa 2) akan dibuat pada Januari 2021. Bayaran itu juga akan dibuat beserta dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus menurut kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Untuk makluman, tempoh Permohonan Baharu dan Rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November 2020 lalu.

Setakat ini, pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.


Semakan BPN 2.0


7 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...