Breaking News

Biodata Andi Bernadee

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Korang ada tengok slot lestary ditv3 tak? Alaaaa... drama yang ganti Bidadari Salju kalau KG tidak silap. Bebaru ni KG terlayan drama Takdir Yang Tertulis tapi tiba-tiba terlayan ntah episod ke berapa tu drama Melastik Ke Hatimu ni sebab ternampak pelakon lelakinya si Andi Bernadee. Ala...penyanyi lagu Satu Peluang tu. Kalau tak cam juga muka si Andi Bernadee ni, alaaaa...yang muka macam Suneo dalam watak kartun Doaemon tu. (gurau..hahahah)

Jangan pulak kamu tidak tahu, Orang Sabah bai tu c Andi Bernadee. Makanya, KG melayan terus Drama Melastik Ke Hatimu dari episod satu hingga episod 11 di IQYI


Biodata Andi Bernadee,Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu,ost  drama melastik ke hatimu



Biodata Penuh Andi Bernadee

Nama Penuh: Andi Azrul bin Andi Mapangile

Tarikh Lahir: 30 November 1981

Asal : Kota Kinabalu, Sabah

Syarikat Rakaman: Warner Music Malaysia

Media Sosial : Instagram Andi Bernadee /Facebook Andi Bernadee


Fakta Menarik Tentang Andi Bernadee

1. Berbangsa Melayu dan beragama Islam

2. Anak kedua daripada lima adik-beradik.

3. Aktif menyanyi sejak berumur 8 tahun, dimana beliau gemar memasuki pertandingan nyanyian yang diadakan di sekolah.

4. Bakat Andi dikesan selepas sering memuatnaik video nyanyian di aplikasi karaoke atas talian, Smule. Lagu pertama yang didendangkan beliau ialah "Aku Bukan Abang Toyib" mendapat perhatian umum. 

5. Beliau terpilih sebagai rakyat Malaysia pertama untuk ditampilkan di iklan Smule secara global.

6. Andi mula menjadi tular selepas portal Siakap Keli berkongsi video nyanyian beliau menerusi lagu "Putus Terpaksa" nyanyian asal Ziana Zain. Ia mendapat lebih 830,000 tontonan.

7.  Andi kembali menjadi tular menerusi video parodi lagu "Tak Tun Tuang".

8.Pada Mac 2017, beliau merakamkan single pertama berjudul "Tiada Lagi Maaf", namun sambutan yang diterima kurang memberansangkan.

9. Pada Mei 2018, beliau tampil dengan rakaman semula lagu rap Indonesia, "Semalam Sahur Di Mana" dendangan asal Roy Ricardo, begitupun masih belum cukup kuat untuk menempatkan namanya dalam dunia hiburan.

10. Andi menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Sissy Imann, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie. Nasib tidak menyebelahi beliau, apabila menjadi peserta kedua tersingkir.

11. Kerjaya lakonan Andi bermula menerusi telefilem Korban Penunggu Hospital arahan Eyra Rahman yang bersiaran di Astro Citra.

12. Beliau melancarkan single ketiganya, "Donde" pada Mac 2019. Donde merupakan perkataan dalam Bahasa Sepanyol yang membawa maksud 'di mana' dan ia bersesuaian dengan lirik lagu tersebut.

13. Single terbarunya bertajuk "Satu Peluang"  ciptaan bekas kumpulan duo Sleeq iaitu Alif telah menempah populariti luarbiasa sehingga mencipta rekod trending di lama Youtube.


2 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...