Breaking News

Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu

SINOPSIS DRAMA MELASTIK KE HATIMU

Haura Annisa, si gadis ‘gengster kilang’. Namun, siapa menduga kehidupannya terkongkong dan dikawal emaknya. Si emak nekad mahu menantu kaya! “Yang awak bertenggek macam hantu atas jendela tu dah kenapa?” “Saya ambil anginlah,” bohong Haura. “Atas jendela? Dengan pakai tudung ekstra selipar berbulu ni sekali? Unik cara awak bersantai,” sindir Ziyyad. ADUH! Tak dapat Haura bayangkan saat dia bergelar isteri kepada mamat ‘kayu cengal’ itu. Membosankan! Lagi dia rasa tercekik ada kawan macam Ain! “Ikat? Maksud kau?” Berkerut dahi Haura. Tiba-tiba pula otaknya jadi tepu. “Kalau kau betul-betul sayangkan Encik Ziyyad, kau kena ikat dia dengan anak. Maksud aku kau kena serahkan apa yang sepatutnya Encik Ziyyad dapat. Sekarang ni kau tak boleh bertindak slow macam siput sedut dah, kau kena laju macam arnab. Kalau tak kau akan menyesal,” sambung Ain lagi. Si Haura ni kalau tak dihasut, memang macam itulah sampai ke sudah. Tak habis-habis nak malu. “Itu laki kau woi! Tak kan nak biarkan orang lain rampas. Aku tengok si Liya tu dah lain macam gayanya.” “Kena ke?” Tertelan air liur Haura dengan apa yang baru Ain katakan. Seram sejuk pula dia dengan semangat Ain yang tiba-tiba tu. Suami aku, tapi dia yang beria. NAMUN, saat cinta disulam, saat bahagia menjengah… “Aku nak kau ceraikan anak aku!” - Mak Limah “Awak dah pun mainkan saya. Maaf tu dah tak ada makna.” –Ziyyad APAKAH pilihan Haura ketika bahagia mereka diuji?

 

JUDUL : MELASTIK KE HATIMU

EPISOD : 13

TARIKH TAYANGAN : 21 Januari 2021

WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam

SIARAN TV : Slot Lestary TV3

PENULIS SKRIP : Siti Solehah Abdul Ghani, Eja Lorena, Rohaidah Aida Adia

PENULIS NOVEL : Aqma Dee

PENGARAH : Azmi Hata

PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd

PELAKON : Janna Nick, Andi Bernadee, Hafidz Roshdi, Norman Hakim, Wani Keyrie, Puteri Sarah Liyana, Azrel Ismail, Wanna Ali, Ahmad Ezzrin Loy, Idzham Ismail, Afifah Nasir, Noniswara, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Ridzuan Hashim, Cassia Iman

 

BARISAN PELAKON DRAMA MELASTIK KE HATIMU

Janna Nick sebagai Haura Annisa

Andi Bernadee sebagai Ziyyad

Hafidz Roshdi sebagai Naim

Norman Hakim sebagai Jeffry

Wani Kayrie sebagai Fatin 

Puteri Sarah Liyana sebagai Faida

Wanna Ali sebagai Natasha

Idzham Ismail sebagai Luqman

Azizah Mahzan sebagai Mak Limah

Cassia Iman sebagai Inayah

 

LAGU TEMA DRAMA MELASTIK KE HATIMU(OST)

Ucop - Pencinta Setiamu

Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu,slot lestary,drama sangat, ost drama melastik ke hatimu
pic kredit: IG Drama Sangat


Jom Tonton Online dan Download Drama Melastik Ke Hatimu


Tonton Online  Drama Melastik Ke Hatimu Episod 12
Tonton Online  Drama Melastik Ke Hatimu Episod 13

Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...