Breaking News

RM500 PENJAWAT AWAM DAN RM250 PESARA KERAJAAN BANTUAN KHAS KEWANGAN SEMPENA AIDIL FITRI 2017

BAYARAN RM500 PENJAWAT AWAM DAN RM250 PESARA KERAJAAN BANTUAN KHAS KEWANGAN SEMPENA AIDIL FITRI 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seminggu sudah kita berpuasa, ada 3 minggu lagi untuk kita teruskan ibadah puasa. Alhamdulillah sepanjang minggu pertama ni KG dan anak-anak lancar berpuasa biarpun sekali dua terlewat bangun sahur. Oh ya cerita pasal bonus raya ni sebenarnya dari awal puasa lagi KG dengar. Adalah kawan-kawan non muslim yang bercerita tentang adanya bonus raya sebanyak RM500. KG suka bertanya dulu " dari mana sumber kamu apat berita ada bonus?" Kawan jawab " Dorang cakap..bla..bla..bla.." KG cakap balik " Siapa dorang tu? Dorang tu jumpa si PM ka? Kalau belum kena umum dalam berita jangan percaya looo, setakat kena viral dalam whatsapp belum tentu sahih lagi" Terus kawan KG tu senyum sumbing dengar ucapan pendek KG. Hahaha, KG kalau bab-bab viral ni malas mau terus percaya tanpa tahu KEBENARANNYA.

Apapun, dalam buletin TV3 tadi Mr.D (Husband KG) kata ada bonus raya. Nah, syukurlah kan. Bukan setakat bantuan khas kewangan sempena aidil fitri saja, pembayaran fasa II BR1M macam dalam bulan Jun juga kan. Amboi, raya sakan la tahun ni. Tapi kena beringat juga, berjimat cermat amalan mulia. Jangan berbelanja yang tidak-tidak untuk nampak GAH semasa raya selepas raya..macam ayam berak kapur.

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Kementerian Kewangan
Putrajaya

Peringatan bersama, berbelanjalah berpada-pada, ingatlah insan yang tidak dapat bonus ni.heheh. Kalau macam KG ni utamakan anak-anak jerlah dalam hati. (tiap tahun memang macam tu, belanja lebih untuk anak-anak). Mereka lebih teruja untuk meraikan hari raya biasanya, kan. Tahun ini juga, berbeza dari tahun sudah kerana bapa KG sekarang masih dihospital. Mudah-mudahan sebelum raya pihak hospital benarkan bapa KG keluar. Kalau tidak nampaknya meriahlah hospital tempat kami sekeluarga beraya macam sekarang meriah wad lelaki dengan keluarga KG berbuka di sana. Meh doakan untuk bapa KG ya. Sekian dan wassalam

RM500 PENJAWAT AWAM DAN RM250 PESARA KERAJAAN BANTUAN KHAS KEWANGAN SEMPENA AIDIL FITRI 2017,bonus raya 2017, bantuan khas raya 2017, bonus 2017 sempena raya, bayaran fasa kedua br1m 2017

6 ulasan:

  1. BRIM dan Bonus Raya..

    Gaji dan elaun kerja partime.

    Jadi kaya kita

    BalasPadam
  2. Walaupun gitu tetap jadi Viral kan..ambil ja lah..selamat malam ya

    BalasPadam
  3. Boleh beraya sakan ni hehe .. Kmia tumpang kasih dengan en husband jak kihkihkih

    BalasPadam
  4. ooo 500 lagi ea.. ingat 1k..Takpelah Syukur Alhamdullilah..

    BalasPadam
  5. alhamdulilah, swsta xda ka? hahhaa

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...