Breaking News

KERUSI RODA UNTUK BAPA

KERUSI RODA UNTUK BAPA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

KERUSI RODA UNTUK BAPA || Setelah hampir dua bulan bapa terlantar sakit dan kini masih terlantar lagi. Tsk..tsk..Bapa hanya mampu mengiring kanan dan kiri, duduk dengan bantuan katil hospital yang boleh diadjust ketinggian kepala katilnya. Selebihnya hanya kiri dan kanan saja bapa boleh bergerak. Kenapa? Disebabkan hampir dua bulan terlantar tidak sedarkan diri, maka atas punggung bapa melecet dengan terlalu teruk. Teruk yang sangat teruk yang mana isinya sudah kelihatan serta bernanah. KG sendiri tidak tahu kenapa boleh pihak hospital tidak sedar dengan keadaan tersebut selama bapa terlantar tidak sedarkan diri( kesan ubat).

Hari ini masuk minggu kedua bapa berada di hospital daerah Papar. Luka tersebut masih belum elok tapi dalam proses penyembuhan. Sudah tidak seteruk masa di hospital Queen Elizabeth I dulu. Syukur. Kemungkinan bapa akan keluar hospital juga satu berita baik buat kami sekeluarga. Tetapi persediaan seperti tilam hospital adalah perlu selain kerusi roda dan keperluan lain juga. Kononnya kami adik-beradik membuat pungutan bagi membeli keperluan tersebut sebelum bapa dibenarkan pulang. Belum pun kutipan dibuat, kerusi roda sudah sampai. Dari mana? Kisahnya, adik-beradik mama ada membeli sebuah kerusi roda untuk nenek KG(beberapa tahun sudah) dan setelah membeli, nenek pula mendapat bantuan kerusi roda dari YB area Tebobon. Jadi adik-adik mama sebulat suara memberikan kerusi roda sumbangan YB tersebut kepada bapa. Nah..syukur kan rezeki kerusi roda untuk bapa. 

Sekarang kami tetap juga patak-patak (collection) untuk beli keperluan lainnya. Memang banyak juga yang perlu disediakan, kalau ikutkan mahu juga KG mohon simpati untuk minta sumbangan tapi biarlah kami berusaha sendiri untuk bapa. Lagipun ramai lagi yang kurang berkemampuan dan perlukan bantuan di luar sana. KG cuma mohon sumbangan doa untuk kesembuhan bapa KG serta dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga. 

Maaflah, lebih banyak entri tentang bapa KG. Harap rakan-rakan yang TERsinggah di belog KG ni tidak keboringan. Okeylah, sekian dulu. Selamat menjalankan ibadah puasa ya.

kerusi roda untuk bapa, sumbangan kerusi roda, doa, sumbangan,harga kerusi roda,kerusi roda di sabah,kerusi roda murah
Inilah gambar kerusi roda bapa

2 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...