Breaking News

DELIMA MEMBELI KERETA

DELIMA MEMBELI KERETA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

DELIMA MEMBELI KERETA  || Tajuk entri hari ini sempena kereta Encik Suami  sudah habis bayar. Maknanya kereta tersebut bukan lagi bank punya, tapi ENCIK SUAMI yang punya(baca dengan nada dalam filem Ahmad Albab...hehe). Sebenarnya sudah 2 bulan habis bayar CCM kereta...syukurlah. Lega sikit dompet...eh. Tapi, macam gatal pulak hati untuk bayar ansuran kereta lagi (eleh...beli kereta baru la konon) Tau-tau terbaca pula artikel pasal JPJ, kenderaan terpakai, perjanjian sewa beli, pemilik asal kenderaan berkuasa penuh dan sambung bayar penuh risiko. Jadi..apa kau rasa bila selepas baca semua artikel tu? hahaha...aku rasa macam makan kek yang cantik hiasannya tapi rasanya sangat teruk!!(Tidak sedap la tu).

Selama ini aku ingat beli kereta ni, macam ko beli televisyen di kedai tu. Macam kau beli smartphone mahal-mahal, bayar ribu lepas tu confirmed jadi milik kau tu smartphone. Almaklumlah, pasal kereta bukan masalah aku tapi Encik Suami. Aku dan anak-anak cuma tau itu kereta untuk kemudahan kami bergerak saja. Pasal bayaran jangan tumpang fikir. Ngehehe. Setelah membaca beberapa artikel berkaitan, minda aku sedikit terbasuh lalu terbuka pasal beli-beli kereta ni.. Oleh itu, aku kongsikan di sini ya satu artikel yang aku baca tu. Sesiapa yang belum tau macam aku tu, wajiblah ambil tahu agar tidak kena tipu atau tertipu.
sumber : Google


PEMILIK asal memiliki kuasa mutlak ke atas kenderaannya selagi nama pemilik tidak ditukar, malah pada bila-bila masa sahaja dia boleh meminta balik kenderaannya dan anda perlu serah semula.

Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ir Mohamad Dalib mengingatkan orang ramai supaya membuka mata dalam urusan jual beli kenderaan membabitkan  urusan sambung bayar.

“Penyambung bayar dan pemilik kenderaan asal perlu membuat surat perjanjian dan  ada juga membuat stamping. Walaupun ada perjanjian tapi anda harus tahu selagi tidak tukar nama, pemilik asal memiliki kuasa mutlak ke atas kenderaan tersebut.

“Dalam undang-undang seksyen 10 jelas  menyebut apabila sesuatu kenderaan yang bertukar milik perlu lapor di mana-mana JPJ dalam tempoh tujuh hari bekerja,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Dalib mendedahkan risiko kepada mereka yang membeli atau menjual kenderaan secara sambung bayar antaranya  apa saja yang berlaku terhadap kenderaan itu menjadi tanggungjawab si pemilik. Contohnya berlaku kes jenayah atau disaman,  yang menerima akibatnya adalah pemilik kereta asal dan bukan pemilik yang sambung bayar.

“Apa-apa saja aktiviti yang dilakukan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik asal kenderaan. Pemilik juga harus ingat, kebanyakan mereka yang membeli kereta sambung bayar kebiasaannya memiliki rekod buruk seperti nama disenarai hitam, ada masalah kewangan dan sebagainya. Jadi mereka berisiko untuk tidak bayar ansuran. Akibatnya, anda terpaksa tanggung hutang.

“Masalah yang paling banyak berlaku adalah kes melibatkan jualan atas jualan? Andaikan anda jual kenderaan secara sambung bayar kepada Ali. Dua bulan kemudian, Ali jual semula kenderaan tersebut secara sambung bayar kepada Abu dengan mengaut keuntungan atas angin.

“Akibatnya, anda tidak tahu siapa pemilik ketiga berkenaan. Bagaimana jika bayaran bulanan tidak dibuat kepada pihak bank? Siapa yang perlu anda tuntut?,” katanya.

Meskipun berdepan pelbagai bentuk risiko namun masih ramai orang melakukan urusan sambung bayar ini menurut beliau, hal ini kerana lazimnya siapa yang akan beli kereta sambung bayar? Pertama, mereka yang tidak layak membuat pinjaman.

“Sebagai contoh nama disenarai hitam oleh pihak bank. Kedua, mereka yang tidak mempunyai wang untuk membayar deposit atau duit pendahuluan.

“Ketiga, dokumen yang dilampirkan untuk membuat permohonan pinjaman tidak cukup kuat seperti gaji asas rendah, terlalu banyak komitmen dan sebagainya,” jelasnya.

Baca selanjutnya di SINI
.
DELIMA MEMBELI KERETA,Sambung bayar kenderaan, OK ke KO?,keburukan membeli kereta terpakai, kereta sambung bayar,status kereta terpakai
sumber: google

1 ulasan:

  1. sha blm lg ada aset kereta, jd nda boleh bawa jln2 haha..lps dr komitmen, mc tfkir lg, ptptn pun blm abis byr haha

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...