Breaking News

8 DARI 10 APLIKASI PENUNJUK ARAH KIBLAT TERSASAR

8 DARI 10 APLIKASI PENUNJUK ARAH KIBLAT TERSASAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


8 Dari 10 Aplikasi Penunjuk Arah Kibat TERSASAR ||Seperti yang kita tahu dengan kecanggihan alat telekomunikasi sekarang memang tiada batasan. Lambakan pelbagai aplikasi untuk orang ramai semakin berta,bah dari hari ke sehari, antaranya aplikasi Penunjuk Arah Kiblat. Terdapat 10 aplikasi Penunjuk Arah Kiblat yang boleh dimuatturun secara percuma di telefon bimbit. Namun menimbulkan keraguan apabila kebanyakannya tidak menunjukkan arah kiblat yang tepat. Situasi ini jika tidak diatasi sudah tentu meresahkan banyak pihak teutamanya kita umat islam yang menggunakan aplikasi tersebut sebagai rujukan untuk tentukan arah kiblat.


10 aplikasi Penunjuk Arah Kiblat yang telah diuji pihak BH (Berita Harian), mendapati 8 daripadanya tidak menunjukkan arah kiblat yang tepat. Hasil ujian tersebut dilakukan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, hanya 2 aplikasi tebabit menunjukkan arah kiblat sebenar. Aplikasi tersebut ialah myJAKIM yang dihasilkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) Qibla Kaabah, manakala 7 aplikasi selebihnya didapati tersasar antara 5 hingga 10 darjah kiri dan kanan dari arah kiblat sebenar.


Manakala 1 aplikasi lagi yang dimuatturun oleh lebih sejuta pengguna adalah tersasar lebih 45 darjah ke kanan walaupun diuji beberapa kali. Bagi mendapatkan hasil yang lebih tepat, BH bekerjasama dengan Persatuan Falak Syar'i Malaysia (PFSM) menguji 10 aplikasi yang sama menggunakan kompas magnetik moden dan laser grid. Kompas tersebut bernilai kira-kira RM3000 adalah peralatan sama yang digunakan oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk mencari arah kiblat sebelum pembinaan masjid atau surau diseluruh negara.

5 Kelemahan  Aplikasi Arah Kiblat Dalam Telefon Bimbit

1. Peralatan Elektrik ~ peralatan dan sumber elektrik yang berada di sekitar kawasan juga mengganggu fungsi kompas kerana setiap wayar pealatan itu akan mengeluarkan medan magnet.
2. Tentu Ukur (calibrate) ~ setiap telefon bimbit mempunyai kompas yang perlu ditentu ukur ketika mahu menentukan arah, dengan memusingkan telefon bimbit mengikut bentuk lapan beberapa kali.
3. Besi ~ gangguan terbesar adalah besi yang berada disekeliling dan walaupun kita tidak melihat kewujudan besi, didalam setiap bangunan seperti dinding atau lantai mempunyai besi yang tertanam. Gangguan yang tidak kelihatan inilah jadi kelemahan terbesar aplikasi berkenaan.
4. Medan Magnet ~ walau sudah ditentu ukur, ketepatan arah kiblat menggunakan aplikasi itu boleh dipertikai kerana terdapat gangguan dan kelemahan lain seperti medan magnet.
5. Gelombang Frekuensi ~ 


Biarpun Islam adalah agama yang mudah namun kita tidak boleh terlalu bergantung terhadap aplikasi tersebut kerana masih terdapat medium lain yang boleh digunakan. Disebabkan terlalu banyak aplikasi ini sehingga boleh didapati dengan mudah dan percuma, malah kita sendiri tidak tahu aplikasi mana yang sudah diiktiraf dan pada masa yang sama berdasarkan formula apa ianya diwujudkan. 


Kesimpulannya, kita jangan terlalu bergantung harap dengan sesuatu aplikasi di zaman serba canggih kini. Lambakan aplikasi penunjuk arah kiblat atau mana-mana aplikasi lain, jangan main muatturun saja tanpa memastikan 'ketepatan' info aplikasi tersebut. Sebenarnya makin banyak aplikasi yang wujud, makin kita terdedah dengan 'penipuan', tapi sukar KG jelaskan penipuan macamana sebabnya KG yang rasa tertipu setiap kali cari aplikasi 'tet' (tak boleh nyatakan) tapi yang keluar banyak sangat, bila kita muatturun rupanya lebih banyak iklan atau tiada fungsi langsung. Memuatturun aplikasi saja pun guna data kan, kalau aplikasi tiada fungsi rugilah kita memuatturun. Okey sekian

Kelemahan aplikasi penunjuk arah kiblat, aplikasi penunjuk arah kiblat tepat, arah kiblat, jakim, kiblat, penunjuk arah

Sumber: google



4 ulasan:

  1. susah juga ba kalau apps ne tersasar.scra xlgsg solat kita pun xbtl.

    BalasPadam
  2. nice info kak gojes.. Guna hp mmg susah sikit kan utk ketepatan tu.. kengkadang berubah2..

    BalasPadam
  3. Jom singgah sini
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2017/08/7-cara-menjawab-soalan-temuduga-dalam.html

    BalasPadam
  4. Mmg betul bila check semula kdg2 lain kiblatnya

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...