Breaking News

HUKUM MENYERTAI PERTANDINGAN MEMANCING

HUKUM MENYERTAI PERTANDINGAN MEMANCING

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

HUKUM MENYERTAI PERTANDINGAN MEMANCING  || Pertandingan memancing pun ada hukum ka? Ya..KG sendiri tertanya-tanya hukumnya apa. Bukan apa, semenjak dua menjak ini di Sabah ini pertandingan memancing semakin menjadi-jadi. Sana-sini ada anjuran pertandingan memancing dan yang paling buat orang tertarik sudah pastilah hadiah yang sangat lumayan. Yuran penyertaan pertandingan RM100 tapi hadiah tempat pertama RM50K!! KG yang nampak banner yang tergantung pun bulat mata. Sebab hadiah kemenangan tu sangat besar nilainya.(Kalau diri sendiri yang menang la..hehehe)

Bila fikir punya fikir, kenapa dan bagaimana hadiah boleh jadi sebegitu lumayan? Ada kawan yang kata kalau penyertaan dalam 1500 atau 2000 orang jumlah sudah mencecah RM150k - 200k.(Contoh ya) Tolak hadiah begini dan begitu, penganjur sudah untung begini. (hahaha itu penerangan dari seorang kawan la) KG malas mau hadam semua penjelasan dia. Tapi kalau benar begitu pengiraan, maknanya penganjur memang meraih untung yang banyak setiap kali menganjur pertandingan memancing. Tapi KG banyak tapinya... Kalau kau join pun belum tentu kau bertuah untuk dapat ikan terberat ka..tercomel ka...terkacak ka. Mungkin dalam 2 mribu orang yang join dari seluruh daerah di Sabah ini, penyertaan oleh seorang budak berusia 12 tahun yang bertuah untuk jadi pemenang 50k tu. Jadi, sebenarnya pertandingan memancing ini sama dengan kau membeli nombor ekor. Tapi lagi bagus beli nombor ekor kerana masa kau tidak terbuang macam tu saja dengan duduk tepi kolam dari jam 7 pagi hingga 5 petang.  Kemudian hasilnya tiada. SIA-SIA!!! atau dalam kata lain BUANG MASA!!

Sebenarnya alasan orang yang menyertai pertandingan memancing untuk tujuan suka-suka sebenarnya TIPU!! Bila kau sudah buat group memancing, ditaja untuk mengikuti pertandingan memancing tapi hasilnya tiada melainkan kau lebih banyak buang masa dengan group kau...semua itu hanya MERUGIKAN. Lebih baik berusaha untuk cari ilmu, berniaga untuk tambahkan pendapatan. (Pendapat KG la). Kadangkala KG menyampah dengan orang-orang yang buat group memancing ni. Hobi? Tipu...sangat menipu!!! KG cari-cari ceramah mengenai hukum pertandingan memancing ni. Dan KG jumpa... Korang boleh taip di youtube "HUKUM MENYERTAI PERTANDINGAN MEMANCING" atau kalau malas nak tengok video, KG kongsi di sini artikel atau penerangan mengenai hukum tersebut.

Soalan: SAYA gemar memancing dan sering menyertai pertandingan memancing. Persoalannya, adakah menyertai pertandingan memancing yang menawarkan hadiah seperti RM5,000 bagi tempat pertama juga termasuk dalam judi?
Jawapan:
Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.
Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi?
Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya haram. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian.
Dua keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini. Pertamanya kerana menyertai pertaruhan yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut.
Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang, maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.
Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja.
Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: "Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).
Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)
Para mufassir di dalam memberi makna menegaskan bahawa, al-maisir (judi) di dalam ayat di atas merangkumi semua jenis pertaruhan (al-qimar).
Jumhur ulama berpendapat bahawa semua jenis pertaruhan (al-qimar) adalah haram mengikut Islam. Yang dimaksudkan pertaruhan (al-qimar) itu ialah dua pihak atau lebih masing-masing mengeluarkan wang atau harta, kemudian pihak yang bernasib baik akan memperoleh wang itu, sementara yang tidak bernasib baik akan menanggung kerugian (hangus wang pertaruhannya).
Sedangkan Islam menegah unsur-unsur penindasan ke atas orang lain biarpun duit ditaruhkan atas nama yuran penyertaan dan pengurusan.
Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika membabitkan hadiah atau pemberian. Walaubagaimanapun tidak semua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak.
Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:
1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).
2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: "Ayuh berlumba denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku."
Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan.
Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.
Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:
1. Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram.
2. Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.
3. Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi atau sebagainya.
4. Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya.
5. Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram. (Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari'ah al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan (2004).


Artikel Penuh: BACA DI SINI 

pertandingan memancing di sabah 2017, pertandingan memancing,HUKUM MENYERTAI PERTANDINGAN MEMANCING, apa hukumnya menyertai pertandingan memancing, hukum pertandingan memancing
Gambar Hiasan dr Google

8 ulasan:

  1. erm... byk yg akak tahu dr entry ni tak salah kan kalau ia hibah... thanks for sharing sis

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..jelas...tq KG sudi berkongsi ilmu...

    BalasPadam
  3. Mcm yang cabutan bertuah juga .. jika hadiah tu hasil dr kutipan peserta maka jatuh haram .. tapi jika disumbangkan dan bukan hasil dr kutipan peserta maka jatuh hibah .. waallahualam ..

    BalasPadam
  4. xpernah fikir pula memancing pun ada hukum bila mlibatkan ptndgn ni.. btw nice sharing sis. mberi ilmu kpd ju yg zero ni =)

    BalasPadam
  5. tq share kak..banyak yg mv dapat dr entry ni...

    BalasPadam
  6. Oo gitu ye.. bahaya ni .. kena alert kalau x xtau hukum boleh jatuh haram

    BalasPadam
  7. banyak benda yang kita lalai sebnrnya if bnda kecil tpi efeknya besarr... nice entry kak... unni pun nk buat kajian la

    BalasPadam
  8. baru tahu bila baca entry ini. thanks for the info

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...