Breaking News

SIAPA HANNAH DELISHA

SIAPA HANNAH DELISHA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SIAPA HANNAH DELISHA || Atau Aira Qaisara dalam drama Mencintaimu Mr.Photographer. Siapa layan drama ni, memang tau la tu. Comelkan Aira Qaisara..hah dia la Hannah Delisha di alam realiti. KG ni kan tonton drama ni sebab ada Syafiq Kyle sebenarnya. Hakak minat dia...tapi menguatkan lagi untuk hakak menonton drama ni sebab ada pelakon heroin yang comel dan cantik si Aira. Cari punya cari maklumat tentang pelakon comel ni, rupanya nama sebenarnya Hannah Delisha. Sebelum ni KG tak pernah nampak dia berlakon mana-mana drama atau filem. Tapi sebenarnya dia sudah lama berlakon!! Dan..rupanya juga Hannah Delisha ni penyanyi, siap ada single lagi.

Hannah merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha. Mereka menghasilkan single yang berjudul 'Retak' dan selepas Hannah menjadi penyanyi yang solo, menghasilkan pula single keduanya yang berjudul 'Anugerah'. 'Anugerah' merupakan lagu ciptaan Akir dan Forezen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2017, beliau pula menghasilkan single ketiganya, 'Tidak perlu kata apa-apa'. Tapi KG tak pernah dengar lagu-lagu ni. Bila buka youtube...ooo baru terdengar.

Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, Hannah sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol, Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri, penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai 'Kakcik Wujud' kerana beliau dikenali dengan menghasilkan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti seram dengan anggota-anggota krew Wujud, Wujud. 

Beliau juga pernah muncul dalam drama-drama di saluran Suria seperti Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit yang mana Farhana lakonan tersebut merupakan kali pertama beliau berlakon di kaca televisyen. Pada tahun 2017, beliau memenangi anugerah personaliti popular wanita di pesta perdana edisi ke-14 di mana beliau menewaskan pelakon-pelakon wanita yang lain dalam kategori yang sama seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa meskipun beliau dalam bidang lakonan tempatan Melayu Singapura dalam tempoh yang pendek iaitu setahun lebih. Kemenangannya dalam kategori itu juga membuatnya antara pemenang paling muda untuk memenangi anugerah dalam kategori itu pada usia 20 tahun.
Fakta Menarik Tentang Hannah Delisha


1. Nama sebenar adalah Hannah Adlina Blackburn Birch berdarah campuran Melayu Singapura dengan England.(Patutlah cantik dan comel macam orang putih sket)
2. Hannah sangat menggemari makanan Melayu. Misalnya, masakan masak lemak cili padi, asam pedas, ulam-ulaman dan sambal.
3. Hannah adalah seorang penyanyi di Singapura dan merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha bersama Mia Delisha.
4. Berkemampuan menguasai beberapa bahasa antaranya Hindi, Jepun, Arab, Inggeris, Sepanyol, Cina termasuklah bahasa Melayu.


SIAPA HANNAH DELISHA dalam drama mencintaimu mr phptographer, biodata hannah delisha, siapa aira qaisara dalam mencintaimu mr photographer, latar belakang hannah delisha, koleksi gambar hannah delisha, instagram hannah delisha,
Gambar dr IG

Gambar dr IG

6 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...