Breaking News

MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER

MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER ||Drama adaptasi dari novel Mencintaimu Mr. Photographer karya Emma Mariam yang akan  mengandingkan pelakon utama Syafiq Kyle dan Hannah Delisha. Drama bersiri terbitan MIG Production Sdn Bhd ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Eyra Rahman. Sudah mulah disiarkan pada 3 Julai 2017 di Astro Ria 104 dan HD 123. 

KG layan dari episod pertama drama ni dan rasa macam menarik aje perjalanan drama ni. Dengan pelakon wanitanya yang comel di tambahkan lagi KG memang minat juga Syafiq Kyle. Selain tu ada beberapa orang lagi pelakon yang tidak kurang hebatnya dalam drama ni seperti Arash Mohd, Marisa Yasmin, Ariz Lufias, Aishah Azman, Amy Mastura, Elvina Chua, Ikmal Amry dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Mencintaimu Mr Photographer

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.
“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.
Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.
Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka? 
MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER , sinopsis MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER , barisan pelakon drama MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER , ost drama MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER , lagu-lagu dalam drama MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER , penulis novel MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER , penerbit drama MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER

3 ulasan:

  1. heroin nya memang comel sangat..tapi jalan cerita agak bosan
    JanjiKita

    BalasPadam
  2. nmpk iklan ari tu masa mau mula main. cntik btl pelaon heroin dia tp ju teda la follow ni cerita =)

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...