Breaking News

JENIS-JENIS INSURANS KENDERAAN

JENIS-JENIS INSURANS KENDERAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

JENIS-JENIS INSURANS KENDERAAN|| Rupanya ada 3 jenis. Ahkak selama ni tidak peduli langsung tentang insurans kenderaan ni semua kerana harapkan bapa mertua dan asben saja. Kerap juga bapak mertua bagi ceramah free pasal insurans kenderaan ni tapi ahkak ni dengar yang gitu-gitu jak (sebab dalam mind set ' laki aku ada utk uruskan semua tu') Namun tiba-tiba ahkak mendapat 'hidayah'(hidayah la sangat😂) untuk mengetahui lanjut tentang insurans kenderaan ni bila terniat nak beli kereta baru. Mahu tak mahu ahkak kena tahu juga perkara tersebut kan. Kalau korang tahu,syukurlah. Yang tak tahu lagi, meh ahkak jelaskan info yang ahkak dapat,baru tahu dan fahami sendiri.

3 Jenis Insurans Kenderaan 


Mulanya yang ahkak tahu cuma 2 jenis saja. Setelah dicari info, rupanya ada 3 jenis. Berikut adalah 3 jenis insurans kenderaan yang WAJIB kita tahu:

i) Insurans Perlindungan Kenderaan Jenis FIRST PARTY

Insurans FIRST PARTY atau komprehensif merupakan jenis perlindungan menyeluruh. Pihak insurans akan bayar gantirugi atau melindungi jika ANDA terlibat dengan masalah-masalah berikut:

a)Kereta rosak ditepi jalan.
b)Kereta alami kemalangan samada kesalahan SENDIRI atau orang lain yang melanggar anda.
c)Kecurian dan kebakaran.
d)Objek jatuh diatas kenderaan ANDA. (Dahan pokok atau orang baling barang).
e)Pembaikpulih tepian jalan 24 jam (biasanya bateri KONG).
f)PERCUMA tundaan kerosakan pada jarak 50km pertama.

ii)Insurans THIRD PARTY FIRE & THEFT

Insurans ini akan cover sekiranya kereta ANDA mengalami  atau berlaku kemalangan dan kecurian. Atau maksudnya pihak insurans akan membayar kerugian kenderaan yang anda langgar, mengganti kenderaan anda jika berlaku kecurian atau kebakaran.

iii)THIRD PARTY

Insurans Third Party merupakan INSURANS MURAH. Perlindungan 3rd party secara asasnya adalah perlindungan yang melindungi pihak ketiga saja iaitu KERETA YANG DILANGGAR OLEH ANDA tapi TIDAK termasuk kenderaan ANDA sendiri yang telah melanggar kereta orang lain. 

Okey la, kali ini ahkak kongsikan dulu info ni. Akan datang nanti kongsi kenapa perlu pilih insurans yang pertama, kedua atau ketiga. Semuanya ada faktor tersendiri. Selain itu juga ahkak mahu kongsikan beberapa perkara yang perlu KITA tahu sebelum atau semasa memperbaharui insurans kereta dan roadtax. Sekian dulu untuk kali ini. Wassalam.

Jenis insurans kenderaan,insurans kenderaan,3 jenis insurans kenderaan,insurans kenderaan first party,apa itu insuran first party, apa itu insurans third party fire and theft,apa itu insurans third party,perbezaan insurans first party dan third party,kelebihan insurans first party, faktor memilih insurans kenderaan
Kredit picture : google

Info insurans selanjutnya boleh dirujuk di SINI

4 ulasan:

  1. Oh kena tahu ni.. Info baik untuk mereka yang mempunyai kenderaan

    BalasPadam
  2. info yang baik harus di beri perhatian.

    BalasPadam
  3. Yang paling penting jangan kena tipu dengan membeli insuran yg tidak ganti rugi dengan apa yang dijanjikan.

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...