Breaking News

MASALAH TELINGA RASA TERSUMBAT

MASALAH TELINGA RASA TERSUMBAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

MASALAH TELINGA RASA TERSUMBAT||Bunyi macam lain aje tajuk entri ahkak ni kan. Sebenarnya tak tahu nak buat ayat macamana situasi KG sekarang. Sebelum tu ahkak nak tanya kalau korang pernah alami situasi yang KG alami sekarang? Telinga kanan KG tiba-tiba tak dapat dengar dengan jelas, sayup-sayup aje kedengaran disekeliling. Paling tak best sebab kurang selesa bila tidak mampu mendengar dengan jelas dengan tiba-tiba. Bila KG mengadu pada encik suami dia kata itu kesan selsema dan batuk. Tapi kan tak pernah-pernah KG alami begini selama ni. 

Memang KG alami batuk-batuk hampir 2 bulan. Kahak masih degil. Sudah ke klinik 3 kali, ubat batuk pil dan cecair KG makan sehingga habis pun sama juga masih tetap batuk(masa entri ni ditaip pun KG masih batuk-batuk) Sangatlah tidak selesa bila kau masih batuk-batuk lepas tu nak berjogging. Penat sikit saja, kau batuk macam nak terkeluar segala kerongkong dan organ dalaman rasanya.(sengsara ni...hehhehe) Entah bila tu, KG bangun saja dari tidur baru perasan telinga kanan dah tak mendengar dengan sempurna. Kau buat-buat menguap pun tidak hilang rasa 'pekak' tu.

Kemudian ahkak cubalah google cara merawat telinga tersumbat, kenapa telinga rasa tersumbat, apakah yang menyebabkan telinga tersumbat. Memang ada jumpa info tu. Ada yang suruh tarik nafas kemudian tutup hidung dan hembus, ulang beberapa kali dan telinga kembali pulih mendengar dengan jayanya. Malangnya KG ikut semua cara tu tetap tidak memberikan hasil positif. Berkali-kali juga KG ulang setiap hari namun sia-sia. Nampaknya KG kena bertemu dengan doktor la ni bagi memastikan apa masalah sebenarnya. Huhu...belum jumpa doktor KG sudah terbayang doktor kata "kita terpaksa bedah telinga puan...bla..bla..blaa" (takut dan risau)

Dalam situasi begini terasa hilang nikmatnya memiliki pendengaran yang sempurna. Dan hati kecil ahkak berkata, agaknya Tuhan sengaja bagi ujian dengan menarik pendengaran ahkak ni supaya tidak mendengar benda-benda yang kurang berfaedah,umpatan orang,kata-kata buruk dan yang sewaktu dengannya

masalah telinga rasa tersumbat,telinga tersumbat,telinga rasa tuli,rawatan telinga tuli,punca telinga tuli,punca telinga tersumbat,rawatan telinga tersumbat,telinga tuli

2 ulasan:

  1. MV pernah ni dulu KG....tapi bukan kesan dari selsema kah batuk..yang MV alami...telinga gatal sangat..so MV kerap korek dan berlaku jangkitan..mau 2 minggu lah juga telinga bermasalah....berair dan tak berapa dengar huhu..tapi ambik antibiotik terus ok ...hilang nikmat mendengar x jelas pun dan x keruan ...syukur masih boleh mendengar sehingga skg

    BalasPadam
  2. Sesekali Allah menguji... Ada hikmah yg tersembunyi.. Moga cepat pulih masalah tu...

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...