Breaking News

KEKURANGAN TELEFON PINTAR SAMSUNG J2 PRIME

KEKURANGAN SMARTPHONE SAMSUNG J2 PRIME

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

KEKURANGAN TELEFON PINTAR SAMSUNG J2 PRIME|| Entri ini KG taip berdasarkan pengalaman menggunakan J2 Prime selama 4 bulan. Alkisah, sebelum ini KG menggunakan Lebovo Tab 2 untuk aktiviti berblog, bisnes, kerja dan berhubung dengan semua orang(keluarga dan rakan-rakan). Kemudian bila Tab Lenovo ni sudah menunjukkan 'keuzurannya' maka KG cuba mencari telefon pintar baru yang mana boleh menampung semua 'keperluan' KG dalam sebiji handphone. Entah macamana ahkak TERBELI J2 Prime!! Agaknya KG terpikat dengan bentuk dan designnya sehingga 'buta' menilai dalamannya.

Setelah menggunakan selama 2 hari, baru ahkak sedar dengan kekurangan telefon pintar ni. Mau menangis sampai keluar air mata darah sekalipun memang tiada guna sudah. Memang satu kesilapan dan memang seribu penyesalan membeli J2 Prime ni.

Berikut adalah penerangan mengenai telefon pintar Samsung J2 Prime. J2 Prime ini merupakan penyambung 'zuriat' kepada Samsung Galaxy J2 yang dilancarkan pada tahun 2015.(ni ahkak main google ya). Spesifikasi J2 Prime ini solid dan harga pun mampu milik.Selain itu design stylish yang membuatkannya kelihatan cantik. (Tu yg buat ahkak tergoda juga sebenarnya)

Samsung Galaxy J2 Prime mengusung layar berteknologi PLS LCD berukuran 5,0 inci yang cukup nyaman digunakan. Untuk spesifikasi hardwarenya, dibenamkan Chipset MediaTek MT6737T yang dipadukan prosesor Quad Core 1.4 Ghz Cortex-A53 + RAM 1,5 GB untuk kinerja lebih responsif dan bertenaga. Tak hanya itu saja, ponsel ini juga dilengkapi dengan dua buah kamera dengan kemampuan yang cukup bagus. Yakni kamera utama 8 MP dan kamera depan beresolusi 5 MP lengkap dengan LED FLash

NAMUN dengan membaca penjelasan mengenai J2 Prime di atas, korang tidak akan sedar selagi tidak menggunakannya! Seperti ahkak..seorang wanita yang bekerja, part time blogger, gemar bermain games di smartphone, banyak menggunakan khidmat media sosial seperti twitter, instagram, facebook dan banyak lagi, suka mendengar musik dan mengambil  gambar dan video. Dengan sebiji Samsung J2Prime, tidak akan mampu menampung kesemua aplikasi di atas. Baru download aplikasi Seperti instagram,facebook, google chrome dan aplikasi email cepat betul keluar amaran INSUFFICIENT STORAGE! 

Jadi, kalau korang jenis yang suka download pelbagai aplikasi dismartphone anda, Samsung J2 Prime bukanlah telefon pintar yang sesuai dengan anda. JANGAN SESEKALI BELI SAMSUNG J2 PRIME! Not Recommended! Ingat...tidak digalakkan ya.


kekurangan telefon pintar samsung j2 prime,kelebihan j2 prime, spesifikasi j2 prime, kelemahan j2 prime, harga j2 prime,


Spesifikasi Samsung Galaxy J2 Prime


Spesifikasi Samsung Galaxy J2 Prime
HargaRp 1,7 Jutaan Cek Disini
Jaringan2G GSM, 3G HSDPA, HSPA
4G LTE Cat4 150/50 Mbps
Dual SIM, Micro SIM
DimensiDimensi : 144.8 x 72.1 x 8.9 mm
Berat : 160 Gram
MaterialBahan : Plastik
LED Notifikasi : Ada
LayarLebar : 5,0 inci
Teknologi Layar : PLS LCD Capacitive
Resolusi : 540 x 960 pixels
Kepadatan Layar : ~ 220 ppi
Sistem OperasiAndroid OS v6.0 Marshmallow
User Interface : Touchwiz UI
ProsesorChipset : Mediatek MT6737T
CPU : Quad-core 1.4 GHz Cortex-A53
GPU : Mali-T720MP2
KameraKamera Belakang : 8 MP
Autofocus, LED Flash
Vidio 720p@30fps
Kamera depan : 5 MP LED Flash
MemoriMemori Internel : 8 GB
RAM : 1,5 GB
Slot MicroSD 256 GB
KonektifitasWiFi 802.11 a/b/g/n , Wi-Fi Direct
Hotspot, Radio FM
Bluetooth v 4.0 A2DP
Micro USB v2.0
USB OTG
SensorAmbient Light
Proxymity
Accelometer
BateraiLi-Ion 2600 mAh
Removable
WarnaGold, Black
Sumber : GSM Arena

6 ulasan:

  1. Pernah guna Samsung.. Sejak itu dh tak minat Samsung..

    BalasPadam
  2. Haha saya guna samsung j2 biasa ja.. asal boleh main fb n wassap >.<

    BalasPadam
  3. do follow blog ni... ooo hp akak suka huawei p9, sekarang tengah fikir2 nak beli tab, mudah sikit nak key in e bagai dan tentulah nak berblog.. almaklum sz jari semakin membengkak, mata semakin mangabur.. faktor penuaan.. uwaa...

    BalasPadam
  4. Dah ada samsung, kiranya nak tukar ke hf lain plak..tengah rege2 hf oppo plak hehe

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...